Thursday, January 29, 2009

Dimanakah Kita

Tidak perlu mencari teman secantik Balkis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman

Tidak perlu seteguh ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar

Mengapa mengharap teman setampan Yusuf
Jika kasih tidak setulus Zulaikha

Mengapa didamba teman hidup sehebat Khadijah
Andai hidup tidak sesempurna Rasullallah s.a.w



Jangan hanya melihat dia pada kecantikan
kerana ianya akan hodoh


jangan hanya memandang dia kerana keturunan mulia
kerna kelak kita akan hina


jangan hanya memilih dia kerana hartanya
bimbang nanti kita yang papa


jangan hanya mengutamakan dia, kerana ilmunya
kerna nanti kita yang dungu


ada baiknya kita mendampingi dia kerana agamanya
kerana itulah yang paling mulia


seandainya baik agamanya
ilmunya akan bermanfaat


rupanya bertambah seri
keturunannya semakin mulia


harta semakin terpelihara
selimut putih




jln jongkong
sarikei 11.56pm
19.10.08
(diubahsuai dari puisi akill hayy)


No comments:

anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics