Thursday, January 29, 2009

Seloka Orang Tak Puasa

Dia lahir dalam keluarga berada,
mak dia jutawan bapak dia kaya
Depan rumah penuh kereta,
kat belakang ada kandang kuda,
Duit dalam rumah ada 8 juta,
kat bank tak boleh nak kira.

Masuk bulan Ramadan satu famili ke luar negeri,
Bulan lain tak ke mana-mana, kononnya tak ada cuti;
Shopping ke sini sana,semua benda dia beli,
Buat persiapan Hari Raya biar jiran semua jaki.

Masa tu darjah 2 memanglah hukum kurang reti,
Tapi heran juga tengok bapak makan siang hari,
Mak, kakak, abang, semua turut join sekali,

Tengah Kota London, memang lah omputih tak ambik peduli!
Belajar sekolah biasa, subjek agama tolak tepi,
Surat beranak tulis Islam, tapi satu pun tak reti,
Mak tak pernah ajar, bapak pulak sibuk tak henti-henti,

Sepanjang siang Ramadan orang gaji masak nasi!
Hari-hari makan, dalam hati rasa curiga,
Kawan-kawan puasa dia pun teringin nak buat juga
Tanya pada bapak niat puasa macamana,
Bapak dia jawab.ahhhh tak puasa pun boleh raya!!

Bila dah dewasa dia kahwin dan berkeluarga,
Anak-anak ramai dia didik macam biasa;
Sembahyang tak pedulik,
puasa tak buat jugaBila anak tanya, dia cakap.
ahhhh atuk pun sama macam kita!

(ihsan Para Sahabat)

No comments:

anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics