Saturday, March 28, 2009

Puisi Buat Abah

Abah

Mat masih ingat
banyak jasa Abah pada Mat
Abah jaga Mat dari kecil sampai dewasa
Abah tatang Mat macam minyak yang penuh

Mat masih ingat
waktu Mat masih sekolah
Mat masih ingat
Mat tingkatan 3
Abah tunggu Mat di pintu sekolah
waktu Mat habis kelas tambahan

Mat masih ingat
Abah datang dengan motosikal buruk
Mat nampak serban putih Abah dari kejauhan
Mat tahu itu Abah

Mat masih ingat
Abah datang jemput Mat
Abah bawa Mat pergi ke bandar
Abah janji dengan Mat nak belikan buku untuk Mat
masa tu Mat seronok sangat
Mat masiih ingat

Mat masih ingat
seminggu sebelum peperiksaan SPM
malam itu Mat sakit gigi
Mat tak lena
Mat tahu Abah risaukan tentang peperiksaan yang Mat bakal hadapi
Abah pun turut tak lena
Abah bawa Mat jumpa doktor gigi
Abah bawa Mat jumpa doktor gigi dengan motor buruk Abah
Mat masih ingat

Mat masih ingat
waktu ke klinik Mat bawa motor
kerana Abah kurang jelas penglihatan waktu malam
kerna Abah dah berumur

Mat masih ingat
selepas gigi Mat di cabut
Mat pening
mata Mat berpinar
pulang dari klinik Abah yang bawa motor

Mat masih ingat
malam tu hujan lebat dipertengahan jalan
kita basah
Abah tak berbaju hujan
Mat ingat
Mat peluk Abah dari belakang
Mat mash ingat
Abah menggigil
Mat peluk Abah erat-erat

Mat masih ingat
waktu mat tingkatan 6
Abah selalu hantar Mat ke sekolah
sebelum Mat masuk kelas
Mat sentiasa cium tangan Abah mohon berkat

Abah mungkin dah lupa
Abah bawa kismis dan madu
untuk Mat ketika Mat berada di asrama
Abah juga mungkin dah lupa
Abah sentiasa berpesan jangan nakal-nakal

Mat masih ingat
waktu Mat bawa pulang keputusan peperiksaan STPM
Abah nampak bersahaja
Abah tak senyum
tapi Mat tahu hati Abah

Mat masih ingat
waktu surat tawaran universiti sampai
Abah masih di surau
Mat tunggu Abah pulang
tapi hari itu Abah lewat pulang
Mat tetap tunggu Abah
bila Abah pulang
Abah nampak bersahaja
kali ini pun Mat tahu hati Abah

Mat masih ingat
waktu Mat di universiti
Abah selalu bertanyakan khabar Mat
tapi Mat masih ingat
Abah tak call Mat
Abah selalu tanya "Dia"tentang keadaan Mat
tapi Mat tahu hati Abah

mat masih ingat
waktu abah hantar mat ke stesen bas
mat nak ke Kuala Lumpur
Mat nak lapor diri di Hotel Empress
malam itu di depan KB MALL
mat peluk abah
mat Cium abah
itulah pertama kali peluk dan cium mat untuk abah

mat masih ingat
waktu mat "Sakit" ketika diperantauan
abah tak banyak tanya
abah semacam tidak peduli
tapi mat tahu hati abah

mat masih ingat
waktu mat kahwin
mat kucup tangan abah yang terbaring demam
sebelum melangkah ke masjid
abah tiada disisi waktu mat angkat nikah

mat masih ingat
waktu persandingan mat dirumah pengantin perempuan
abah tak datang untuk mengaminkan doa waktu mat di pelamin
abah masih demam
abah masih lesu tak bermaya

mat masih ingat
waktu majlis dirumah kita
majlis menyambut menantu baru abah
juga abah tak boleh mengaminkan doa ketika menantu baru abah datang
waktu itu abah berada di hospital kerana terlalu tenat

mat masih ingat
3 majlis penting mat, abah tak ada
tapi mat tahu hati abah..

abah
ingin sesekali aku mengucup dahimu.....

1 comment:

Anonymous said...

salam....
sweet ah awk punyer puisi...
buatkan saya terharu...
coz sy dah lama tak tgk ayh sy...
rindu sy pd ayh sy bila bc puisi awk...

anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics