Sunday, April 12, 2009

Syoooknya Sabah...!!!!


Keseronokan menaiki "Banana Boat" dapat melupakan segala kekusutan fikiran..yeeehhhhaaaaaa....!!!!


Ketibaan Pak Cik di Pulau Manukan, di sambut dengan ribuan jenis spesis ikan yang cantik-cantik..

Yang ni pulak bersama Pok Loh, seorang anak kelantan yang berdagang di perantauan.. kalau sesiapa yang ke Pasar Filipina jumpalah Pok Loh untuk dapatkan pelbagai mutiara dan kristal yang murah.. pandai2 la tawar menawar.. Pok Loh ni baik hati dan senang berunding..

Tak lengkap percutian ke Sabah kalau tak bawa balik perhiasan mutiara dan kristal untuk kaum kerabat di kampung..Pakcik pun beli setengah kilo tau... !!!! gelap mata Isteri pakcik bila tengok perhiasan ini.. hahahah


Kejernihan air laut di pulau Manukan memukau sesiapa sahaja.. 3 jam Pakcik berendam tau... nasib x jadi ikan masin..

Nak masuk kena bayar dulu pok....




Sebelum berangkat ke pulau bergambar dulu di jeti Jesselton...memang teruja pak Cik tika ni...!!!







Sebelum pulang sempat juga pakcik singgah di hotel terkemuka di KK..yang ni pun ihsan dari Kak Na...

Yang ni, sepupu isteri Pakcik (Cikgu Wahab dan Kak Na) yang ada di sabah yang telah banyak meluangkan masa menemani pakcik ronda-ronda satu KK..

Rabun mata pakcik nak memilih mutiara dan kristal yang cantik-cantik...murah pulak tu...



Percutian di sini memang lain dari yang lain.. Bagi pakcik Sabah antara yang terbaik. kalau tak caya, cuba la sendiri. Pakcik nak cerita banyak pun x guna. Tengok la sendiri.. Apapun Pakcik bagi 5 bintang untuk Sabah..

Friday, April 3, 2009

Aktiviti Minggu Jabatan Berjalan Lancar





(Video Lakonan Dari tingkatan 5B)



(Barisan pelakon dari tingkatan 4B. Sketsa yang dipersembahkan oleh pasukan ini, mencuit hati para penonton)

(Antara barisan pelakon dari tingkatan 5B, yang telah dianugerahkan juara bagi tahun 2009)


(Aksi dari tingkatan 5E yang membuatkan penonton tak kering gusi)


(Pengacara majlis yang petah ketika berbahasa. Inilah cikgu Rosmaini)


(Barisan para Hakim yang arif lagi bijaksini dan bijaksana.. dari kiri Cikgu Irostina(ketua Hakim), Cikgu Murni, Dan Cikgu Zawita.)


(Aksi dari pelajar STS membuatkan guru yang hadir tidak kering gusi)


(Harapan penonton untuk menyaksikan persembahan yang menarik tidak disia-siakan oleh semua kumpulan yang mengambil bahagian pada hari ini.)



Tahun ini Aktiviti minggu Jabatan dilangsungkan seperti biasa. Seperti tahun lepas, pertandingan sketsa dianjurkan. Sketsa yang bertemakan nilai-nilai murni telah diadakan dengan penuh ceria.

Kepada yang ingin menonton rakaman pertandingan sketsa tahun Lepas (2008) sila klik pada senarai di bawah:

Lakonan 1
Lakonan 2
Lakonan 3
Lakonan 4
Lakonan 5



Go STS Go.....!!!!!


p/s : Terima Kasih diucapkan kepada semua guru2 yang sudi meluangkan masa untuk menjayakan program ini. Tanpa bantuan anda program ini tidak mungkin berjaya seperti yang dirancang. terima kasih dari -Selimut Putih..



anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics