Monday, May 18, 2009

7 Jenis Wajah Mayat Di Dalam Kubur


1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-

kawan,syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam

Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.
apa kata pakcik:
Setahu pakcik la..syirik ni terbahagi kepada dua pulak. Syirik yang nyata dan syirik tersembunyi.. ada setengah cakap syirik besar dan syirik kecil.. pilih yang mana-mana lah asalkan konsepnya sama..

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya

tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu.

Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari

melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini

banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi

sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji.


apa kata pakcik:

Tang ni pakcik rasa yang paling ramai kan? Apepun kita renung sekejap..

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang

semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
apa kata pakcik:
Dengan hanya perkatan "ah" pun sudah dianggap derhaka. apatah lagi kalau tengking. Bayangkan sesetengah orang tu, ibubapa takut dengan anak sendiri. Teringat pakcik cerita si Tanggang...


4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa

hidupnya suka makan harta yang haram.

apa kata pakcik:

Sendiri mau ingat haaaa.....



5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah
mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi.

apa kata pakcik:

Pakcik tak suka kelahi aaa.. Zaman remaja belum baligh dulu ada la ckit2..hahahha



6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih

busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

apa kata pakcik:

Allah mengatakan haram pada Zina, Arak, Judi..Tapi pasal benda ni, Allah dan Rasul mengistiharkan perang keatas orang yang mengamalkan Riba' ni..? Teruk la maknanya ni...



7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya

berilmu dan beramal soleh.


apa kata pakcik:

Seboleh-bolehnya kita semua berusaha untuk menjadi seperti ini. Kita beruntung, kerana kebetulan kita dilahirkan di dunia ini sebagai seorang muslim..Tapi dengan kebetulan sahaja tidak memadai untuk kita mengecapi nikmat di akhirat.. Yang penting hanyalah kudrat dan usaha kita untuk menjadi muslim yang bertaqwa.





No comments:

anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics