Sunday, May 3, 2009

Aiiiyaaa Tambi....!!!


Laporan Buletin Utama ( 2 Mei 2009 ) semalam mendakwa seorang pelajar sekolah rendah berbangsa India, telah di cederakan oleh gurunya atas kesalahan tertentu. Lantaran itu, ibu bapa pelajar tersebut telah melaporkan kepada pihak media dan pihak berkuasa untuk mendedahkan kejadian ini kepada umum, serta kononnya untuk mendapatkan pembelaan. Bila pakcik tengok berita semalam memang la terasa tercabar dan geram yang amat kepada guru yang melakukan perkara sedemikian. Sebabnya pakcik pun tak tahu apa punca guru itu bertindak sedemikian. Alih-alih buletin utama TV3 hari ni ( 3 Mei 2009) pula sekali lagi melaporkan kes berkenaan. Segala kebenaran telah terbukti. Sebenarnya pelajar yang telah di hukum itu sebenarnya melakukan kesalahan mencabul seorang pelajar perempuan. Terkejut beruk pakcik bila mendengar laporan daripada TV3 sebentar tadi. Aiiiyaaa tambi.. mengikut kacamata pakcik la… kedua orang tua pelajar itu cuba untuk mencemarkan nama baik seorang guru. Sekarang apa dah jadi. Satu Malaysia termasuk Brunei dan selatan Thailand dah tahu yang anak anda tu seorang peraba. Guru adalah salah satu profesyen yang paling mulia.. jangan sesekali kita dengan sengaja menjatuhkan martabat seseorang guru…sebijak mana pun perancangan anda, Percaturan dari Allah s.w.t lagi hebat…




ludahlah ke langit kalau liur anda seenak cendol...

No comments:

anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics