Thursday, May 14, 2009

Semalam Aku Bermimpi...



Semalam aku bermimpi

Dia datang lagi

Dia seorang diri

Berbaju merah inai dijari

Tersenyum manis menampakkan sebaris gigi


Semalam aku bermimpi

Dia datang lagi

Tiada berteman disisi

Dan membuat aku ternanti-nanti


Semalam aku bermimpi

Dia datang dan menari

Meminta aku agar berdiri

Untuk sama-sama melenggok mengikut melodi

Namun aku serik untuk menari lagi

kerna aku sudah berjanji

"Jangan Mengikut Tarinya" (klik sini)

walau sekali...


Semalam aku bermimpi

Dia datang lagi

Meminta aku mencium dahi

Aku menolak tanda benci

kerna dahi dan hatimu penuh daki

Dan aku sudah lali


Semalam aku bermimpi

Dia datang lagi

Berbisik di telinga kiri

Menabur sejuta janji

Walaupun 7 tahun janji sebelumnya, dia mungkiri


Semalam aku bermimpi

Dia datang lagi

Membawa harapan yang menggunung tinggi

Dikanannya membawa budi

Dikirinya membawa bara api


Semalam aku bermimpi

Dia datang lagi

Seakan ingin menenangkan hati

Namun terlalu banyak ikrar kita, yang engkau khianati


Semalam aku bermimpi

Dia datang lagi

Datangnya dengan cara tersendiri

Tutur katanya seakan lembutnya gigi

Itu semua sudah basi

Aku tak percaya walau seinci


Semalam aku bermimpi

Dia datang dan pergi

Dan aku tak mampu mengejar walau selangkah kaki


Semalam aku bermimpi

Dia datang lagi…..!!!!!

Mengapa aku masih bermimpi...?


-Selimut Putih-

14 mei 2009

Jalan Jongkong

Sarikei

7.57pm



No comments:

anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics