Saturday, May 2, 2009

TERINGAT PADA BUAH HATI....!!!!


Malam ni pakcik rasa lain sangat.. Tetiba aje teringat pada bekas anak-anak didik pakcik di Kuala Kangsar. ( Sekolah pakcik Praktikum) Sekolah tu namanya SMK CLIFFORD Kuala Kangsar. Sekolah ni adalah sekolah lelaki.. Cuma ada beberapa kerat sahaja pelajar perempuan di tingkatan 6. Sepanjang Pakcik mengajar disana banyak pengalaman dan kenangan yang manis dan sukar pakcik lupakan. Pelbagai karenah pelajarnya dan budaya cikgu-cikgunya yang sporting dan baik-baik belaka., sentiasa mengusik minda Pakcik. Itulah pasal, Pakcik selalu teringat akan sekolah tu. Baru sekejap tadi, lebih kurang 30 minit yang lalu Pakcik call rakan guru yang rapat dengan pakcik semasa mengajar disana. namanya ialah Cikgu Hassan ( Graduan A.S kalau tak silap) ternyata cikgu Hassan pun masih kenal dan ingat suara dan cara Pakcik bercakap dengan dia, walaupun hampir 3 tahun Pakcik tinggalkan Kuala Kangsar. Cikgu Hassan ni umpama mentor pada pakcik la sepanjang pakcik belajar/mengajar di SMK CLIFFORD. Kalau bercakap pasal CLIFFORD ni juga, pakcik selalu teringat pada 2 orang pelajar kembar yang pernah pakcik ajar. Dua pelajar ni satu kelas. 1E kalau tak salah ingatan pakcik. Budak ni nakal. Tapi bila ditegur tahu pulak diam. 5 minit kemudian buat hal balik. Biasalah budak-budak. Kalau ada rezeki dan kesempatan dan kalau ada sesiapa yang sudi bantu, teringin juga pakcik jumpa dengan 2 pelajar kembar ni. Kalau ikutkan perhitungan pakcik mungkin budak kembar ni sekarang berada di tingkatan 4. Nama 2 pelajar tu pakcik dah lupa. orangnya gelap sikit. kepada semua warga CLIFFORD, kamulah BUAH HATI pakcik..... !!!!!

klik sini untuk kenali SMK CLIFFORD
http://www.mycliffordschool.net/v2/



Kemaskini 19.05.09 (7.13pm)
  • Sebentar tadi pakcik call sahabat pakcik yang berada dan masih mengajar di SMK Clifford dan bertanyakan tentang dua pelajar kembar yang Pakcik maksudkan itu.. Sahabat Pakcik memaklumkan bahawa pelajar kembar itu tidak lagi besekolah di SMK Clifford. Kini mereka berada di sekolah aliran teknik & vokasional.. terkejut juga pakcik mendengar perkhabaran dari sahabat pakcik tu.. tak sangka pula pakcik, dua pelajar ni dulu seingat pakcik tak tahu membaca dan lemah dalam kelas, tapi kini dah mampu untuk ke sekolah aliran tersebut.. bukan pakcik menidakkan kebolehan seseorang tapi hati kecil pakcik ni rasa bangga sangat.. apa yang menyedihkan pakcik ialah makin tipis harapan pakcik untuk jumpa dengan dua bekas pelajar pakcik ni...

No comments:

anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics