Monday, June 22, 2009

Aktiviti Sepanjang Cuti Sekolah Pakcik....


Huh,... Dah lama rasanya tak apa-apa cerita kat blog pakcik ni.. Bukan ape..tak berkesempatan nak menulis. Almaklum sajalah bila buka sahaja pengal baru persekolahan, banyak kerja yang tertangguh sebelum ni, yang nak di bereskan. So, hari ni ada la skit masa terluang. Pakcik ambil sedikit masa untuk mengisi masa yang terluang ni dengan bercerita sikit sebanyak aktiviti sepanjang berada di kampung. hehehe..jangan marah....!!!!! tapi yang pasti, setiap detik masa yang ada sepanjang cuti baru-baru ni pakcik gunakan semaksimum mungkin. Sampai domam pakcik tau hehehehe....


First Trip ke Terengganu dgn isteri pakcik.. Selepas pulang dari malis perkahwinan Meng dan Padli kat Sungai Tong Singgah jap kat Kuala terengganu.. Pas tu lepak jap kat masjid Kristal...

Yang ni bukan pakcik gi palestin tau.. ni monumen Masjid Aqsa kat terengganu gak...heheh..pic ni isteri pakcik yang ambik masa nak balik dah rasanya...


Tgk ngantin pempuan tu...(Rosmaini ) mcam Misha Omar kan? mmg sebijik mcm Misha Omar.. Ngantin laki tu bukan orang sebarangan tau..pegawai besar kat kuching tu.. !!!


Pakcik dan isteri pakcik pun nak jugak bergambar dgn pengantin ni...mana idak oiii..bergambar dgn pegawai besar...bangga pakcik tau...


Yang ni pulak aktiviti kat kampung pakcik.. kat Pantai Seri Tujuh.. Ala bawa anak buah main Golf..


Tengok gaya la...macam profesional kan? hahaha.. Gaya mau mcm pro, tapi kena tak kena tu belakang kira...heheheh


Sukeee je bergambar ngan pengantin.. yang ni bersama Duan dgn Syaq kat pasir putih..Member isteri pakcik le ni..



Sebelum lepak tepi pantai posing dulu ngan isteri kedua pakcik heheh... Yang bertudung tu isteri pertama tau...



Dapat santai camni selalu dengan orang tersayang kan best..!!!



Test pelamin member jap..



Ni plak atas permintaan isteri pakcik la ni.. nak sangat dia bergambar.. macam la x pernah naik pelamin.. :)





No comments:

anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics