Sunday, June 28, 2009

Apa Dah Jadi..?


Semalam 27 jun, pasukan bola sepak pakcik yang join liga PPD Sarikei lawan pasukan dari Julau. Keputusanya berkesudahan 1-1. Kira ok la tu. Sebenarnya pasukan pakcik ni adalah pasukan belasahan jer. Tapi ntah la macam mana semalam dapat mengekang kemaraan pasukan Julau yang kuat. hehee. Satu keajaiban yang jarang-jarang berlaku ni.. Okla pakcik tinggal bab tu. Apa yang pakcik nak nyatakan kat sini ialah semalam sejarah baru pakcik lakar dalam idup pakcik. Pakcik dimasukkan pada separuh masa pertama menentang pasukan Julau. Ini memang biasalah strategi pengurus pasukan. Sebabnya pemain yang kira ok sikit ni akan dimasukkan pada separuh masa pertama. Bila dah xde tenaga nanti baru la di keluarkan. Pakcik ni kira bertuah la coz diberi kepercayaan utk main dulu. Bukan hebat sangat pun tapi sebab dah xde pemain lain dah. hehehe...Tapi apa yang klakarnya ialah pakcik hanya main 10 minit jer. Pastu terus kuar. Bukan di tukar oleh pengurus pasukan tapi pakcik dah tak tahan. Teramatlah letih. Xleh nak bernafas lagi eh. Tu la sejarah baru yang pakcik buat. seingat pakcik la sepanjang pakcik main bola ni x pernah pakcik main 10 minit jer. Sekurangnya sempat la gak habiskan separuh masa pertama. Kalau dulu la zaman kuat dan sihat..:) pakcik boleh la bertahan sampai 90 minit. huh.. Apa dah jadi ni..?

ps: foto-foto diatas tu zaman kuat dan sihat tu tau..tapi cengkungnya tetap maintain..........:)
-foto ni diambil pertengahan tahun 2007, tahun pertama pakcik di sarawak. Masa ni badan pakcik sihat tapi jiwa tu, kureng sihat ckit...hehehe



No comments:

anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics