Friday, June 26, 2009

Micheal Oh Mikaeel...

Hari ni sabtu.. Tak ada ape yang nak di buat. Lepas minum milo secawan, makan roti sebuku pakcik belek2 la laman blog, mencari apa isu menarik hari ni. Satu laman ke satu laman pakcik singgah, banyak blogger membincangkan isu kematian raja pop dunia yang meninggal kerana kegagalan jantungnya berfungsi. Bagi pakcik itu adalah asbab kematian jer. Dah ketentuan dari Allah dia meninggal hari semalam. Banyak laman yang pakcik jenguk membincangkan latar belakang si mati, sejarah kerjayanya, dan macam-macam. Jarang benar rasanya pakcik jumpa laman yang membincangkan keislamannya. Tapi bukan tak dibincangkan langsung tentang keislamannya itu, tapi JARANG. Ataupun pakcik belum lagi jumpa laman blog yang membincangkan soal keislamannya itu. Mengikut kacamata pakcik la Micheal atau Mikaeel ni bertuah sebab dibukakan pintu hatinya Oleh Allah untuk memeluk islam. Mikaeel juga pernah mengatakan mendapat ketenangan dalam Islam. Apahal si mikaeel ni boleh cakap macam ni..Adakah dia "serabut Perut" (Baso Ore kelate) sepanjang menganuti agama lamanya? entahlah kan.. Apepun kita sedekahkan Al-fatihah buat Mikaeel.. semoga rohnya dicucuri rahmat.




No comments:

anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics