Monday, July 20, 2009

Nukilan Pokjen Yang Suka Merapu...katanya...:)

Aku merapu lagi & lagi.. (Tanah seberang, kota pasir )

Selalunya…,

Yang jauh dipandang indah, cantik berkilau,

Yang jauh sentiasa memukau, nak dicapai,

Yang jauh memang gah, tiada bandingan,

Pendeknya yang jauh itulah segalanya…,

Yang dekat… kabur, tak nampak sinarnya,

Yang dekat…samar, tak jelas indahnya,

Yang dekat… hodoh, tak timbul serinya,

Pendeknya yang dekat tiada yang moleknya,

…sebenarnya kerana terlindung dek bayang sendiri,

Sedarlah…,

Mengapa belut pulang ke lumpur…,

Mengapa camar singgah di layar…,

Mengapa tupai turun ke tanah…,

Mencari jawapan sendiri…?



* Puisi ini ihsan dari seorang sahabat yang kini jauh di perantauan. Anaktumpat amat meminati setiap bait-bait puisi hasil nukilan Pok Jen.. Terdapat 3, (kalau tak silap) puisi Pokjen yang di muatkan dalam blog ni.. tq Pok Jen..


(klik sini untuk kenali Pok Jen)

2 comments:

Anonymous said...

gu!... malu kawe, demo wat promosi ggitu mor nah...kawe belajar pun x pasal puisi ni, mmg merapu sungguh tu...
kawe cuma nak sampaikan apa yg tersirat dihati kawe jah...
-pokjen-

anaktumpat said...

hahah..olok pokjen ore kato. luahan hok lahir dari ati ni, ikhlas.. kiro beres la pokjen dok..?

anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics