Thursday, August 20, 2009

Masa ( aku merapu lagi)...Katanya..

Petang ini, jam 3.55 petang, pulang dari kelas tambahan pakcik rebahkan badan melepaskan lenguh-lenguh. Sambil baring atas katil, tangan pakcik ni ringan memetik butang menghidupkan komputer peribadi. Pakcik buka lagu. Lagu "superman" yang pakcik dengar. Ala lagu bebudak dari indon tu la.. kalau x salah dari kumpulan Lucky laki.. belum sampai separuh lagu tu dimainkan, pakcik menerima satu e-mail.. bila dibukak mail tu, rupanya dari seorang sahabat pakcik yang dah beberapa hari, mungkin minggu.. tidak bertanya khabar. Mungkin sahabat pakcik ni sibuk dengan tugasan kot. isi mail dari sahabat pakcik ni ialah sebuah puisi. pakcik mengandaikan puisi yang dihantar oleh sahabat pakcik ni adalah sebuah cenderamata dari sahabat pakcik kpd pakcik.. tima kasih banyak-banyak. Untuk pengetahuan, pakcik sebenarnya tertarik dengan semua hasil nukilan sahabat pakcik ni. semua puisi dari beliau yang pakcik "cetak rompak" telah dimuatkan dalam Blog ini.. hahaha..nape pakcik berminat dengan hasil coretannya.? Sebabnya dlm puisi beliau banyak atau sarat dengan nasihat. bukan merapu x tentu hala. bahasanya pun bersahaja. itu yang bagus. kat sini pakcik paparkan hasil nukilan sahabat yang bernama POKJEN. Juga dikenali sebagau EMZECK...:)


MASA...

Sedarkah kita,
Untuk kita di dunia ini,
Hanya tiga masa,
Semalam,
Hari ini,
Dan esok.
Semalam,
Telah jadi sejarah untuk kita,
Hari ini,
Adalah peluang yang ada,
Esok,
Pastikah lagi milik kita?
Alangkah untungnya kita,
Kalau semalam,
Kita tadbirkan sejarah jadi teladan,
Atau sempadan.
Alangkah untungnya kita,
Kalau hari ini,
Peluang yang ada tidak disiakan,
Berjuang untuk kebaikan
Alangkah untungnya kita,
Kalau hari esok,
Kita masih di sini,
Diberi kesempatan
Untuk membongkar rahsia hari semalam,
Mencari petunjuk
Agar tidak sesat di perjalanan.


p/s : anaktumpat berkata:

Berusahalah untuk jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Dan berikhtiarlah agar esok, hari yang bakal kita tempuhi, akan lebih berseri daripada hari ini..


Saturday, August 15, 2009

Minggu Yang Memenatkan..!!!


Hari ni 15 ogos 2009. Jam ditangan tepat pukul 6.30 pm. pakcik menunggu penerbangan dari KL ke Kuching dengan penerbangan Airasia Ak5218. masih terlalu awal lagi rasanya kerana penerbangan sebenar pada pukul 7.20pm. tapi pakcik menerima pesanan ringkas dari pihak airasia bahawa penerbangan ini akan ditunda pada pukul 8.25 pm. biasa lah.. ini dah cara airasia yang suka tangguh-tangguh. nak buat macam mana kita nompang dia.. tengok la nanti bila dia nompang kite pulak..hahah.. tak tau bila la kan dia akan nompang kita.. habis bab tu.. aper citer pakcik kat sini? ye tak ya jugak kan..? sebenarnya pakcik dah 4 hari kat semenanjung. mintak cuti untuk hadir majlis konvokesyen bini pakcik. pakcik di tanjong malim lebih kurang 3 hari dua malam dan terpaksa bermalam di Sahara Inn sebab xde sedara mara dan sahabat handai yang boleh pakcik nompang.. nak buat cam ner kan..? terpaksa ajelah. pastu dah bis konvo bini pakcik, pakcik bermalam plak di Kl.. pusing punya pusing singgah bermalam di Hotel pudu.. ermm..nk buat mcam mana.. duit banyak dalam poket.. maklum la gaji bulan 1 pun lum habis lagi..hahaha..ambik kau.. penat memang la penat. tapi demi melihat isteri yang dah beribu musim bersusah payah, penat jerih belajar hingga tamat terpaksa jugalah gagahkan diri untuk hadir majlis konvokesyen ni.. itu aja lah tuk kali ni.. laptop pakcik ni batery nyer dah low.. nanti bila dah sampai sarikei nanti pakcik sambung..


anaktumpat
15ogos09
6.43pm
LCCt


Sunday, August 2, 2009

Gema Suara Dari Bidai Buluh...




Yang dilepas bukan erti lemah


Bakal dikejar belum pasti kuat

Tanggapan pertama bukan selamanya

Nan terbelit parah rasa darah nanah

Air mata bukan gadaiannya

Nah..

Tahniah wahai insan sombong




anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics