Thursday, August 20, 2009

Masa ( aku merapu lagi)...Katanya..

Petang ini, jam 3.55 petang, pulang dari kelas tambahan pakcik rebahkan badan melepaskan lenguh-lenguh. Sambil baring atas katil, tangan pakcik ni ringan memetik butang menghidupkan komputer peribadi. Pakcik buka lagu. Lagu "superman" yang pakcik dengar. Ala lagu bebudak dari indon tu la.. kalau x salah dari kumpulan Lucky laki.. belum sampai separuh lagu tu dimainkan, pakcik menerima satu e-mail.. bila dibukak mail tu, rupanya dari seorang sahabat pakcik yang dah beberapa hari, mungkin minggu.. tidak bertanya khabar. Mungkin sahabat pakcik ni sibuk dengan tugasan kot. isi mail dari sahabat pakcik ni ialah sebuah puisi. pakcik mengandaikan puisi yang dihantar oleh sahabat pakcik ni adalah sebuah cenderamata dari sahabat pakcik kpd pakcik.. tima kasih banyak-banyak. Untuk pengetahuan, pakcik sebenarnya tertarik dengan semua hasil nukilan sahabat pakcik ni. semua puisi dari beliau yang pakcik "cetak rompak" telah dimuatkan dalam Blog ini.. hahaha..nape pakcik berminat dengan hasil coretannya.? Sebabnya dlm puisi beliau banyak atau sarat dengan nasihat. bukan merapu x tentu hala. bahasanya pun bersahaja. itu yang bagus. kat sini pakcik paparkan hasil nukilan sahabat yang bernama POKJEN. Juga dikenali sebagau EMZECK...:)


MASA...

Sedarkah kita,
Untuk kita di dunia ini,
Hanya tiga masa,
Semalam,
Hari ini,
Dan esok.
Semalam,
Telah jadi sejarah untuk kita,
Hari ini,
Adalah peluang yang ada,
Esok,
Pastikah lagi milik kita?
Alangkah untungnya kita,
Kalau semalam,
Kita tadbirkan sejarah jadi teladan,
Atau sempadan.
Alangkah untungnya kita,
Kalau hari ini,
Peluang yang ada tidak disiakan,
Berjuang untuk kebaikan
Alangkah untungnya kita,
Kalau hari esok,
Kita masih di sini,
Diberi kesempatan
Untuk membongkar rahsia hari semalam,
Mencari petunjuk
Agar tidak sesat di perjalanan.


p/s : anaktumpat berkata:

Berusahalah untuk jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Dan berikhtiarlah agar esok, hari yang bakal kita tempuhi, akan lebih berseri daripada hari ini..


6 comments:

imanshah said...

Kawe kalau boleh balik zame sekolah, nak sangat jadi student balik..

Anonymous said...

TQ, sbb sudi mencetak rompak ' aku merapu'... sbnarnya kawe tulih tu utk diri kawe sdiri(utk mengingatkan diri sdiri) kalu ada hok baik, demo / gu2 hok lain nak kosi xde masalah... kalu ada hok salah tulong ghoyat kkawe smula.

Dash said...

dah ada antivirus ke 'komputer peribadi' kau tu pok? jangan tak install.
(org yg tlg install printer kau)

Anonymous said...

Update la blog ni..jenuh doh baco entry samo..

Oghe Kale Nako,dok NZ

Anak Tumpat said...

kpd ore kale nako.. mitok maah la..xde nk nulis bt maso loni.. cbuk bedooh lalu.. insyallah akan ada catatan x seberapa dari anoktumpat ni dlm masa terdekat..loni sibuk telajok nah

Anak Tumpat said...

kpd dash..sori x reply.. tolong2 tiup ckit laptop aku ni.. bt hal la.. xsyok arrr cam nie.. kau tunggu aku serbu umah kau...hahaha

anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics