Wednesday, September 9, 2009

Aku Dan Stunt kite..


Dah lama rasanya dah xde posting terbaru dalam blog pakcik ni. fuhhhhh.... dah berabuk dah pun. bukan xde mende yang nak di tulis tapi xde kesempatan nk update.. nak kata cbuk tu tak la jugak tapi terasa berat tangan nak menulis.. malam ni ntah macam mana terasa ringan plak tangan nk nulis kat sini.. sebelum tu pakcik nk mintak maaf kpd yang baca entry ni..coz kalau musim-musim gini ramai blogger membincangkan pasal puasa n raya.. tapi kali ni pakcik lari channel ckit.:) nak cakap pasal wau lagi..hahaha.. jangan marah ye.. dah minat. nk bt cam ne kan? pic kat bawah tu adalah pic yang dirakam ketika pakcik, isteri, abang2 dan adik pakcik ke pantai geting utk main wau..minat punya pasal, bulan puasa pun kitorang belasah jer. nasib baik la hobi pakcik ni dapat dikongsi dengan adik beradik yang lain dan isteri pakcik. hahaha.. apa yang menggelikan hati ialah isteri pakcik sanggup siapkan juadah berbuka awal2 lagi coz nak ikut pakcik main wau. :) ala bukan ape pun yang disediakan oleh isteri pakcik, just makanan yang ala-ala jer. selebihnya beli kat pasar ramadhan. lagi pun pakcik ni x makan banyak sangat bila berbuka. lebih2 lagi rumah mertua pakcik tu hanya kami berempat saja yang berbuka, termasuk seorang adik ipar n mak mertua je.
berbalik kepada wau. Perhatikan wau yang colour belang-belang kat bawah tu. tu adalah wau yang pakcik beli kat tapak festival wau antarabangsa kat pantai geting. kalau x silap harganya lebih kurang RM35. kalau x silap pakcik jgk wau ni pakcik beli pertengahan tahun 2008. sepanjang wau ni di beli hanya 2 kali pakcik cuba main dan dinaikkan. tapi sekali pun x pernah terbang ngan baik...asyik menyembah bumi aje. last pakcik gulung n baling bawah katil umah pakcik. sangkaan pakcik, wau ni mmg x mampu nk terbang coz terlalu berat memandangkan kainnya diperbuat dari fabrik yang kurang bermutu dan frame nyer dibuat dari fibre yang agak berat. berbanding wau yang warna merah tu. fabrik nyer agak bermutu dan frame nyer dari carbon. Tapi cuti bulan lepas, pakcik cuba naikkan lagi sekali wau yang belang tu. ternyata penangan wau ni x kurang hebatnyer. wau ni pun mampu beraksi seperti mana wau merah tu. tergamam pakcik bila tengok Adik pakcik main wau tu.. dapat pusing-pusing macam wau merah.. time tu pakcik menarik nafas tanda puas melihat wau yang dah lama pakcik "buang" beraksi ganas. itulah pengajaran yang pakcik dapat..lain kali pakcik x nk lagi pandang sebelah mata sesuatu yang kita anggap x berguna kpd kita...
Setahun Wau Belang ni DiJeruk...



Ni lah adik lelaki bongsu pakcik yang suka sangat ngajak pakcik main Wau.. tapi dia x berani nak main coz wau ni susah nak kawal.. sekadar tengok n tolong angkat wau yang jatuh jer la..




Seronok jugak rasanya sekali sekala dapat balik kampung n berkumpul dengan semua adik beradik kat pantai main wau.. atleast dapat mengeratkan hubungan adik beradik kan? tambah ceria pabila hobi pakcik dapat dikongsi dengan sema keluarga..





Wau belang yang dah setahun dijeruk bawah katil, akhirnya dapat terbang bebas di ruang udara pantai geting..:)



4 comments:

imanshah said...

Main jangan tak main, esok2 dah musim boh, mana nak naik wau tu..haha

Anak Tumpat said...

jolo doh tu boss..jange duk hegha kokre..hoho

Cikgu Adham said...

ai sedap nmpak main oni... pahni blej beli tiket kelik sokmo la kelantan heh heh

Anak Tumpat said...

tket balik dah ready cikgu adham..hoho don wori...

anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics