Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA...

Assalamualaikum kepada semua.. kalau dihitung hari, tidak sampai seminggu lagi kita dah hampir menjelang 1 syawal. Bermakna ramadhan dah hampir meninggalkan kita. Alhamdulillah, kerana kita masih diberikan nikmat dan kesempatan untuk mengecapi kemanisan bulan ramadhan tahun ini. Disamping itu, berdoalah kepada Allah agar kita di panjangkan usia agar dapat ketemu lagi Ramadhan tahun hadapan. 1 syawal, adalah satu detik yang ditunggu-tunggu oleh kita semua. Walaupun terdapat sesetengah insan yang mengalirkan air mata tatkala ramadhan sudah berlalu. Bagi pakcik ni, 1 syawal tahun ini amat bermakna. Sudah 2 tahun pakcik tidak pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga. Perasaan tidak balik keraya di kampung usah dicerita. Bermacam-macam perasaan yang timbul. Tapi kerinduan balik raya tu dapat diubati kerana pakcik beraya bersama-sama keluarga kakak dan abang yang berada di Kuching. Sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan kampung. Tahun ini, pakcik rasa tak nak lagi lah beraya di perantauan. Esok 16 hb sept.09 pakcik dah bertolak balik.. Terpaksa memohon cuti rehat untuk balik.. hahah.. Aaaarrrgghhhh... dah x sabar rasanya.. bahang raya dah terasa.. time ni semua terbayang,...ketupat, rendang, lemang, kuih raya, aaahhhh semua lah.. Duit raya macam mana plak...? pokai pakcik.. rakyat jelata ramai sioottt....:)

Kepada yang balik beraya tahun ini, ingat-ingatlah sahabat kita yang tak dapat balik beraya, atas sebab tugas dan lain-lain. Video kat bawah ni, ditujukan khas kepada semua sahabat yang tak balik kampung tahun ni.. Sesungguhnya anda tidak keseorangan beraya di perantauan...:)






Lagu ini Juga ditujukan kepada semua..


P/s:
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN..
Kepada semua sahabat, jangan lupa singgah umah pakcik raya nanti.
Satu lagi pesanan dari pakcik. Jangan lupa tutup semua pintu dan segala suis elektrik, sebelum meninggalkan rumah tuk balik kampung yek? Ok lah.. pakcik chow dulu.. nak kemas barang.. sok dah blah... Assalamualaikum......
:)


5 comments:

imanshah said...

Selamat hari raya..nanti kawe tulung make tapai (tape) bagi pihak demo

Cikgu Adham said...

slm.. selamat hr raya la... beraya sungguh2 la demo

n@m@n said...

salam hari raya..

wah..duit raya orang mengajar di seberang mesti banyak..hehe

maklumlah gaji banyak

esok start ngaja doh gu...

Anak Tumpat said...

kpd imanshsh..kawe tolong make tape ko cikgu adham..tape di pakit tu buleh mabuk..haha..kpd cikgu adham beraya di sarawak lagi meriah..ore sana sebulan beraya wey....>>naman..kalu sebut cikgu ni gaji bukan nya bnyak sagt..buleh la nk hidup ore kata..haha..mmg esok ngjar dah.. mood beraya berasa lagi ni..hahah..duk mengajar ingat ketupat rendang..haha

syahbandar87 said...

selamat hr rye maaf zahir batin..hope hepi sokmo
:)

anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics