Tuesday, October 27, 2009

Apa alamat dan petanda..?

Citer kali ni bukan nak mengarut. Cuma nak berhibur dengan rakan-rakan. Andaikata ada sahabat handai yang tahu akan tadbir mimpi boleh la kita kongsi sama-sama. Sebelum pakcik citer dengan lebih lanjut, terlebih dahulu pakcik ingin tegaskan jangan terlalu mempercayai atau taksub segala pengalaman mimpi yang bakal pakcik katakan ini. Ceritanya benar dan tidak ada tokok tambah. Semalam pakcik bermimpi. Dalam mimpi pakcik tu, pakcik berjumpa dengan seekor burung merpati putih yang sangat besar.. Kalau nak bandingkan lebih besar daripada manusia. Mimpi tu datang kejap jer. Selebihnya pakcik x ingat. hehe.. Orang tua-tua kata kalau lupa apa yang kita mimpikan malam tadi maknanya daya ingatan kita lemah.. betul ke? Mungkin juga.. Ingatan pakcik ni bukan kuat sangat pun.. Pasal tu kalau bab hafal menghafal ni pakcik rasa ada kekurangan sikit.. sambung cerita tadi.. Rasanya pakcik mimpi jumpa merpati putih yag besar ni tika dah nak hampir subuh. Lepas jer mimpi tu pakcik terjaga dari tidur.. Bila dah terjaga dari tidur n pakcik tegok jam dah memang waktu subuh.. Lantas pakcik terus ke bilik air untuk mandi. Untuk makluman bilik air umah pakcik ni kat luar, bukan dalam bilik. Tengah syok mandi, bersabun n bersyampoo pakcik dengar satu bunyi... bedebab...!! Ada sesuatu yang melanggar pintu bilik air pakcik.. Ahh.. time tu pakcik buat tak tahu jer.. bila dah siap mandi pakcik kuar. Buka jer pintu bilik air tu, pakcik nampak seekor burung merpati betul-betul depan bilik air. Jelas kelihatan di kepalanya terdapat sedikit kecederaan. Sangkaan pakcik Merpati tu sakit n dah x mampu terbang. Pakcik tunduk sedikit dan menyentuh sayap merpati tu. Bila disentuh sayapnya, burung tu terbang lari ke tempat pakcik jemur kain. Pakcik cuba kejar. Nak tangkap n bela la kononnya. Tapi bila pakcik dekat ngan burung tu , burung tu terbang lari.. Melepas.. xpelah.. pakcik hanya mampu senyum n tengok burung tu terbang bebas dlam kedinginan pagi.. itu lah citer kali ni.. Apa yang menariknya, sebelum tu pakcik mimpi terjumpa burung merpati, alih-alih pagi tadi memang betul-betul seekor merpati ada depan mata. Apa alamat eh..? hahh.. kalau ada yang sudi kongsi blh le gtau pakcik.. saje jer nak seronok-seronok.. bukan leh caya pun mimpi ni.. Orang tua-tua cakap mimpi ni mainan tidur. Lain la kalau mimpi para rasul dan wali-wali.. Pakcik ni sape. Insan kemacar jer. hahah..

Video kat bawah ni pun berkait ngan mimpi jugak.. mimpi apa pakcik pun x tau.. kelentong habis mamat ni..hahah..kita layan video nih...




Monday, October 26, 2009

Oh God... Forgive me when i whine..

Adusss... dah lama rasanya x update blog ni.. dah berabuk dah pun.. bukan malas nk update tapi masa tu x mengizinkan.. cbuk ckit ngan keje.. kali ni xde apa yang menarik yang nak dikongsi ngan semua. cuma nak bubuh benda ni ajer. Nape pakcik beria sangat postkan lagu ni? hahah.. xde apa jgk sebenarnya.. ataupun mybe pakcik tertarik ngan lirik lagu ni.. haha.. lagu ni nampak bersahaja tapi dapat memukau jiwa pakcik.. kepada sesiapa yang dah lama layan lagu nasheed ni. kita layan lagi sekali ek.. ok lah.. kita layannn....... Zaaassssss.................. OH...GOD.....!!!!!






Forgive Me English Nasheed
Lyrics:
Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair.
And wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, she smiled.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two legs the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it `d do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
You see," he said, "I `m blind"
Oh God, forgive me when I whine.
I have two eyes the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.


I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew. He couldn't hear.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two ears the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine

Thursday, October 8, 2009

Syukurlah Kita Begini Dan Di sini...

Kalau sebut pasal guru.. terbayang akan kita, bermacam andaian. Ada yang akan cakap, guru ni satu kerjaya yang mudah. Apa tidaknya, tugas guru ni masuk kerja pukul 7.30, habis pukul 1.30. Yang sedap didengar, ada juga yang kata, guru sesuai untuk golongan perempuan jer.. Tak kurang dari itu pernah pakcik dengar dari mulut kawan pakcik sendiri, profesyen guru ni tidak mencabar sangat sepertimana profesyen lain.. Kenyataan-kenyataan sedemikian, mungkin keluar dari mulut orang-orang yang tidak berada dalam profesyen sebagai guru. Alah..kalau nak cakap pasal ni, bermacam lagi cakap-cakap yang kita blh dengar tentang guru.. Itu belum lagi kalau terdapat sedikit kesilapan yang dilakukan guru seperti merotan, denda, yang mengakibatkan kecederaan kepada pelajar. Saat itu, kita blh lihat pelbagai cemuhan dan makian yang dilemparkan oleh golongan tertentu kepada guru. Disebalik ini semua pernahkah kita mengenang jasa seorang guru yang banyak menabur jasa kepada anak bangsa.? Pernahkah kita menyelami hakikat sebenar kepayahan guru dalam menempuh cabaran semata-mata ingin berbakti? Kali ini pakcik ingin berkongsi dengan semua pembaca cabaran seorang guru di pedalaman. Video di bawah ni adalah satu rakaman yang dibuat oleh seorang sahabat pakcik yang ditugaskan untuk mengajar di salah sebuah sekolah di pedalaman sarawak. Mengikut beliau kerumitan yang ditempuhinya sudah menjadi asam garam dalam kehidupan bagi guru yang berada disana. Bayangkan kita (guru-guru) yang berada ataupun yang sedang mengajar di zon selesa (bukan pedalaman) berada di tempat sahabat kita ini.. mampukah kita mengharungi cabaran seperti ini.. Ikhlas pakcik katakan.. Bagi pakcik sendiri pun rasanya tak sanggup untuk berdepan dengan situasi seperti ini.. Tapi kalau dah ditempatkan ditempat seperti ni nak buat macam mana kan? terima ajerla.. Disini, Pakcik ingin mengingatkan diri pakcik dan semua guru-guru agar bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang.. Walaupun sesukar mana cabaran yang kita tempuhi dalam kehidupan, ramai lagi yang mengalami kepayahan.



Video Ini Ehsan dari kawan pakcik, iaitu saudara Zaim yang bertugas di SK Nanga Ju..


Syukurlah Pakcik di sini...!!!

Friday, October 2, 2009

Adussss...pening...!!!

Pening...pening..pening... Nak tergelak sorang diri pun ada.. Awal minggu ini pakcik terima arahan dari pihak sekolah untuk melatih bebudak sekolah pakcik untuk pertandingan Futsal.. Minggu ini terima arahan dan minggu depan hari pertandingan.. mana idak peningnya.. tambah pulak sekolah pakcik ni tak pernah menyertai mana-mana pertandingan bola sepak dan Futsal sebelum ini.. Dimaklumkan bahawa tidak ada pemain yang boleh bermain bola.. maklumlah budak cina. kalau bola keranjang dan bola baling sekolah pakcik lah antara yang paling top di Sarikei ni.. berbalik kepada citer pakcik. Dah lima hari pakcik latih student pakcik main futsal.. Adusssss...hancussssss....!!!! Ada yang sepak bola macam kanak-kanak baru boleh jalan. Yang best lagi, ada yang datang untuk sesi pemilihan, bila ditanya.."Kamu pernah main bola sepak"? nak tahu apa yang di jawab... "pernah jugak main bola ni cikgu..tahun lepas.." (baca dengan dialek Cina) tepuk dahi jer la pakcik.. sepanjang 5 hari melatih mereka ni.. xde lain dalam hati pakcik pabila melihat anak buah tengah training.. asyik duk pikir berapa gol la yang bakal kena belasah nanti dengan pasukan sekolah lain.. hahahaa...Tapi dalam kerisauan merobek perasaan pakcik ni, tersemat jugak harapan yang membukit (x sesuai kalau tulis menggunung) untuk melihat anak buah pakcik ni membuat kejutan pada hari kejohanan nanti.. pakcik tidak mengharapkan menjadi naib juara atau juara. Cukup sekadar dapat mengekang pihak lawan dari membelasah anak buah pakcik sampai lunyai.. tapi kalau juara tu Alhamdulillah.. Apepun tengok la minggu depan. Sama ada anak buah pakcik yang dibelasah atau membelasah..

Majulah sukan untuk negara...

ONE MALAYSIA...!!!!...:)

anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics