Tuesday, October 27, 2009

Apa alamat dan petanda..?

Citer kali ni bukan nak mengarut. Cuma nak berhibur dengan rakan-rakan. Andaikata ada sahabat handai yang tahu akan tadbir mimpi boleh la kita kongsi sama-sama. Sebelum pakcik citer dengan lebih lanjut, terlebih dahulu pakcik ingin tegaskan jangan terlalu mempercayai atau taksub segala pengalaman mimpi yang bakal pakcik katakan ini. Ceritanya benar dan tidak ada tokok tambah. Semalam pakcik bermimpi. Dalam mimpi pakcik tu, pakcik berjumpa dengan seekor burung merpati putih yang sangat besar.. Kalau nak bandingkan lebih besar daripada manusia. Mimpi tu datang kejap jer. Selebihnya pakcik x ingat. hehe.. Orang tua-tua kata kalau lupa apa yang kita mimpikan malam tadi maknanya daya ingatan kita lemah.. betul ke? Mungkin juga.. Ingatan pakcik ni bukan kuat sangat pun.. Pasal tu kalau bab hafal menghafal ni pakcik rasa ada kekurangan sikit.. sambung cerita tadi.. Rasanya pakcik mimpi jumpa merpati putih yag besar ni tika dah nak hampir subuh. Lepas jer mimpi tu pakcik terjaga dari tidur.. Bila dah terjaga dari tidur n pakcik tegok jam dah memang waktu subuh.. Lantas pakcik terus ke bilik air untuk mandi. Untuk makluman bilik air umah pakcik ni kat luar, bukan dalam bilik. Tengah syok mandi, bersabun n bersyampoo pakcik dengar satu bunyi... bedebab...!! Ada sesuatu yang melanggar pintu bilik air pakcik.. Ahh.. time tu pakcik buat tak tahu jer.. bila dah siap mandi pakcik kuar. Buka jer pintu bilik air tu, pakcik nampak seekor burung merpati betul-betul depan bilik air. Jelas kelihatan di kepalanya terdapat sedikit kecederaan. Sangkaan pakcik Merpati tu sakit n dah x mampu terbang. Pakcik tunduk sedikit dan menyentuh sayap merpati tu. Bila disentuh sayapnya, burung tu terbang lari ke tempat pakcik jemur kain. Pakcik cuba kejar. Nak tangkap n bela la kononnya. Tapi bila pakcik dekat ngan burung tu , burung tu terbang lari.. Melepas.. xpelah.. pakcik hanya mampu senyum n tengok burung tu terbang bebas dlam kedinginan pagi.. itu lah citer kali ni.. Apa yang menariknya, sebelum tu pakcik mimpi terjumpa burung merpati, alih-alih pagi tadi memang betul-betul seekor merpati ada depan mata. Apa alamat eh..? hahh.. kalau ada yang sudi kongsi blh le gtau pakcik.. saje jer nak seronok-seronok.. bukan leh caya pun mimpi ni.. Orang tua-tua cakap mimpi ni mainan tidur. Lain la kalau mimpi para rasul dan wali-wali.. Pakcik ni sape. Insan kemacar jer. hahah..

Video kat bawah ni pun berkait ngan mimpi jugak.. mimpi apa pakcik pun x tau.. kelentong habis mamat ni..hahah..kita layan video nih...




8 comments:

n@m@n said...

kena bukak kitab tafsir mimpi kot..hehe

kawe dulu pernah mimpi kaset yg kawe cari dh ada kt kedai kaset..

kawe tera g kedai tu..mmg ado..hehe

kaset tuh maso tuh susoh dpt

Cikgu Adham said...

hah hah mimpi gapo? naik bukit tinggi.. kawe gak dulu hari2 tgk wayang kulit saupi ni.. bunga adani bungan adano.. sedap sungguh..

member kawe siap hafal lg skrip dia termasuk la kawe sekali hah hah

Anak Tumpat said...

naman> kawe xdok kitab tafsir mimpi ni.. hebat mimpi demo. x ajin kawe mipi gitu..hok ada nyo tebalik sokmo. mimpi main bola mene hok realiti kalah.hahah

sheikh Adham> kawe ni pun paminat no1 wayang kulit nih.. watak lain x berapa nk tgk. hok duk peratinyo puok2 hitam ni la(pengasuh) hahha

abu muaz said...

takut sangat mamat ni nok mati weh.

Temuk said...

Assalamualaikum. Mohon izin singgah. Ambo ore Perok. Tak pandai royak Kelate, tapi minat segala dialek. Klip video tu sngguh mnyeronokkan! Menarik juga mimpi sdra tu. Ikut pndangan hambo, maknanya, kot ada pun sesiapa yg macam 'menyerah', walau kelihatan kesusahan, jangan layan. Dia usik saja! Maaf, tafsir mimpi ni boleh pakai 1% je.

syahbandar87 said...

hehe..x berani nk tafsir mimpi walaupun suka2..sbb x pndi..cuma mdh2an mimpi tu sbgi satu petanda yg baek tuk pokcik.hehe

Anak Tumpat said...

abu muaz...
ore berehi bohong ni takut ko mati..ko guano?

temuk...
hahah.. menrik jugok tu tafsiran saudara.. tq saudara.. kreatif lah..

syahbandar..
kalu Allah takdirkan ada petanda baik dihadapan Alhamdulillah.. tapi kalu petanda buruk mintak2 lah Allah jauhkan.. KepadaNya kita berlindung KepadaNYalah kita meminta pertolongan.. Bukan YB.. haha

Cikgu Adham said...

slm.. adei.. xdak berita br ke sheikh..
nk kelik ni x tau la nk wat gapo d kg nnt heh heh

anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics