Thursday, October 8, 2009

Syukurlah Kita Begini Dan Di sini...

Kalau sebut pasal guru.. terbayang akan kita, bermacam andaian. Ada yang akan cakap, guru ni satu kerjaya yang mudah. Apa tidaknya, tugas guru ni masuk kerja pukul 7.30, habis pukul 1.30. Yang sedap didengar, ada juga yang kata, guru sesuai untuk golongan perempuan jer.. Tak kurang dari itu pernah pakcik dengar dari mulut kawan pakcik sendiri, profesyen guru ni tidak mencabar sangat sepertimana profesyen lain.. Kenyataan-kenyataan sedemikian, mungkin keluar dari mulut orang-orang yang tidak berada dalam profesyen sebagai guru. Alah..kalau nak cakap pasal ni, bermacam lagi cakap-cakap yang kita blh dengar tentang guru.. Itu belum lagi kalau terdapat sedikit kesilapan yang dilakukan guru seperti merotan, denda, yang mengakibatkan kecederaan kepada pelajar. Saat itu, kita blh lihat pelbagai cemuhan dan makian yang dilemparkan oleh golongan tertentu kepada guru. Disebalik ini semua pernahkah kita mengenang jasa seorang guru yang banyak menabur jasa kepada anak bangsa.? Pernahkah kita menyelami hakikat sebenar kepayahan guru dalam menempuh cabaran semata-mata ingin berbakti? Kali ini pakcik ingin berkongsi dengan semua pembaca cabaran seorang guru di pedalaman. Video di bawah ni adalah satu rakaman yang dibuat oleh seorang sahabat pakcik yang ditugaskan untuk mengajar di salah sebuah sekolah di pedalaman sarawak. Mengikut beliau kerumitan yang ditempuhinya sudah menjadi asam garam dalam kehidupan bagi guru yang berada disana. Bayangkan kita (guru-guru) yang berada ataupun yang sedang mengajar di zon selesa (bukan pedalaman) berada di tempat sahabat kita ini.. mampukah kita mengharungi cabaran seperti ini.. Ikhlas pakcik katakan.. Bagi pakcik sendiri pun rasanya tak sanggup untuk berdepan dengan situasi seperti ini.. Tapi kalau dah ditempatkan ditempat seperti ni nak buat macam mana kan? terima ajerla.. Disini, Pakcik ingin mengingatkan diri pakcik dan semua guru-guru agar bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang.. Walaupun sesukar mana cabaran yang kita tempuhi dalam kehidupan, ramai lagi yang mengalami kepayahan.



Video Ini Ehsan dari kawan pakcik, iaitu saudara Zaim yang bertugas di SK Nanga Ju..


Syukurlah Pakcik di sini...!!!

8 comments:

n@m@n said...

gitulah pok cik tnaggapan oghe ko kito...

janji kita mengajar ikhlas sudah..

kerja2 mengarut yg lain tu ltk tepi dulu..buat yg perlu dulu..

x gitu??

Anak Tumpat said...

jolo doh naman..bt hok mana patut.. jange duk hegha kokre..

abu muaz said...

Salam. Kalau kena bertugas tempat yang jauh dipendalaman barulah tahu yg mana jantan yg mana betino.

imanshah said...

tahniah pakcik,demo memang guru yang hebat!!!

Anak Tumpat said...

kpd abu Muaz.. Mmg tol tu..tahu la kita y mana jantan dan betina kan? yang laki leh bertukar jadi betina n x kurang juga yang betina bertukar jadi laki..huhuhu

imanshah.. Kawe x hebat..ni member kawe hok hebatnya..huhuhu kalu kawe berapo hari joh blh bertahan kot.. silap2 resign terus...huhuuuu

syahbandar87 said...

aduh..perit sungguh jd cikgu alik ulu ni..untung sngt2 demo deh.hehe

Anak Tumpat said...

syahbandar..gtulah gamaknya cekgu di pedalamannya deh? syukur sgt dah kito nih cari mkn lagu ni..

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

itulah tugas seorg guru. mendidik anak bangsa tak kira di mana...

anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics