Friday, February 19, 2010

JAHANAM...!!!



Jahanam...
Dek kerna nafsu
Tangis mereka kita lupa
Derita mereka disambut ketawa
Binasa mereka dilayan sepi
Mereka tiada suara
Mereka tak punya lidah untuk berbicara
Tak punya tangan untuk melawan

Jahanam..
Kerana wang ringgit
Etika dan undang-undang ditolak ketepi
Kuasa dan pengaruh menjadi pendinding
Tangan rakus kita merobek jantung dan isi perut mereka
Ego yang masih menebal menghalalkan yang haram


Jahanam...
Alam yang indah
Menghidangkan kita santapan sempurna
Mengapa kita sengaja mencipta derita ke atas mereka

Tunggulah saat dan ketika nya..
Pabila mereka mula bangkit dan bersuara
Pabila mereka bangun dan menentang
Pabila mereka sedar dari lenanya
Jangan salahkan mereka
Jika itu pilihan mereka..
Jangan kita mengungkit
Kerana ini yang kita minta..



-anaktumpat-
20 feb 2010
jln jongkong

5 comments:

syahbandar87 said...

kali ini saudara melahirkan kekesalan dan kemarahan saudara dengan melalui sajak pula.hehe..bagus2..ada juga terkesan dihati..teruskan untuk kebaikkan bersama..

"jahanam habis apa yang ada di muka bumi ini dek kerana sikap manusia yang tidak pernah puas dengan nafsu dunianya"

Anak Tumpat said...

syahbandar.. sebenarnya benda ni dah lama brlaku di tempat saya. tempat lain y di arahkan supaya pasir tu di ambil, tapi kerana nak menjimatkan kos tempat awam yang digali..benda ni gak berlaku depan mata saya dan saya boleh lihat penyelewengan berlaku.. bila orang kampung betindak baru lah pemaju terhegeh2 lari tinggalkan tempat tu..

Cikgu Adham said...

salam sheikh...
adeii lama sungguh kawe x ziarah demo.. busy sungguh kawe, byk komitmen pada tugas d senkoloh..

adeiii bakpo weh.. bakpo jd gtu d Tumpat... lama dh kawe x gi Pntai Tumpat ni huhuhu

Temuk said...

Salam Anak Tumpat
Lama tak ziarah. Amat menyedihkan & mengejutkan. Perosak bumi Allah ini mengapalah semudah itu boleh dilepaskan, dengan menggendong laba pula tu! Semoga yg bertanggungjawab lebih peka.

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇

anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics