Monday, April 23, 2012


LAGU BUAT FIRSHA

Firsha….
Pagi ini
Kau menangis lagi
Seakan tidak mahu  tidurmu diganggu
Diganggu kokokan ayam jantan mencabul kesunyian dinihari

Firsha
Buka lah matamu
Tataplah wajah Umi dan Abah
Walaupun buat seketika
Jangan tutup matamu  sebelum abah melangkah pergi

Firsha
Genggamlah tangan Abah
Hangatkan jemari Abah dengan telapakmu itu
Genggamlah erat-erat..

Bangun anakku bangun
Bangun dan tataplah matahari
Yang memberi sinar kebahagiaan buat Abah dan Umi

Bangun  anakku bangun
Bangun dan sapalah sang awan
Awan yang memayungi kasih Abah dan Umi buat Firsha

Bangun anakku bangun
Bangun dan dengarkan kicauan burung
Kicauan yang mewarnai dunia barumu
Dengarkan kicauan si serindit jantan dan betina

Bangun anakku bangun
Bangun dan sapalah atuk dan nenek
Yang menantimu dianjung sana
Yang memanggil namamu berkali-kali
Biarkan kematu tangan atuk membelai kepalamu
Relakan bibir atuk mencium pipimu
Renunglah mata atukmu yang semakin kabur itu

Anakku
Jangan menangis lagi
Pagi ini Abah dah Umi
Kepingin melihatmu senyum
Senyum, senyum, senyum dan senyum..

 
Tenggaroh 4- 11.55pm
4/2012

Tuesday, May 5, 2009

Lagu Si Penangkap Ikan




Pagi tadi jam 9.15 am (5 mei 2009) Pakcik tergerak hati nak bawa anak murid ke perpustakaan. Sepanjang pakcik mengajar tak pernah pakcik mengajak bebudak masuk perpustakaan. Biasanya pakcik selalu bawa pelajar masuk ke bilik APD, memandangkan disitu keadaannya lebih selesa dan lengkap untuk sesi P&P. Kaedah membawa pelajar ke perpustakaan dan memberi tugasan ni, hasil dari perbincangan pakcik dengan penolong kanan 1 sekolah pakcik. Buah fikiran penolong kanan 1 pakcik ni, tidak pernah pakcik abaikan, malah menjadikan itu sebagai modal untuk pakcik terus meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pakcik. Sambil memantau pelajar menyiapkan tugasan yang diberikan, pakcik sempat membelek-belek beberapa buah buku yang ada di situ. Belek punya belek mata pakcik tertarik pada sebuah puisi yang terkandung dalam buku yang pakcik baca. Walaupun puisi ni nampak ringkas dan bersahaja, akan tetapi penuh dengan makna dan sindiran (mengikut kacamata pakcik la).
Puisi ini berbunyi :



LAGU SI PENANGKAP IKAN

Kamilah si penangkap ikan
Panjang perahu kami kurang empat langkah
Kerana cukai perahu

Kamilah si penangkap ikan
Hasil tangkapan kami kurang
Akibat cukai perahu

Kamilah si penangkap ikan
Kami hidup miskin
Kerana hasil tangkapan kurang
Akibat cukai perahu

Kamilah si penangkap ikan
Kami perlu terus menangkap ikan
Dan terkorban di lautan bergelora
Akibat cukai perahu



anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics