Monday, April 23, 2012


LAGU BUAT FIRSHA

Firsha….
Pagi ini
Kau menangis lagi
Seakan tidak mahu  tidurmu diganggu
Diganggu kokokan ayam jantan mencabul kesunyian dinihari

Firsha
Buka lah matamu
Tataplah wajah Umi dan Abah
Walaupun buat seketika
Jangan tutup matamu  sebelum abah melangkah pergi

Firsha
Genggamlah tangan Abah
Hangatkan jemari Abah dengan telapakmu itu
Genggamlah erat-erat..

Bangun anakku bangun
Bangun dan tataplah matahari
Yang memberi sinar kebahagiaan buat Abah dan Umi

Bangun  anakku bangun
Bangun dan sapalah sang awan
Awan yang memayungi kasih Abah dan Umi buat Firsha

Bangun anakku bangun
Bangun dan dengarkan kicauan burung
Kicauan yang mewarnai dunia barumu
Dengarkan kicauan si serindit jantan dan betina

Bangun anakku bangun
Bangun dan sapalah atuk dan nenek
Yang menantimu dianjung sana
Yang memanggil namamu berkali-kali
Biarkan kematu tangan atuk membelai kepalamu
Relakan bibir atuk mencium pipimu
Renunglah mata atukmu yang semakin kabur itu

Anakku
Jangan menangis lagi
Pagi ini Abah dah Umi
Kepingin melihatmu senyum
Senyum, senyum, senyum dan senyum..

 
Tenggaroh 4- 11.55pm
4/2012

Wednesday, August 17, 2011

Balik Raya... Tak perlu lagi tiket belon...!!!





Tahun 2011..

Sepanjang 4 tahun kebelakangan ini.....

bermula 2007..

ini...

Tahun pertama Pakcik balik kampung tak perlu tiket belon...

Kalau tahun-tahun lepas...

Pening memikirkan tiket belon....

Nak beratur di kaunter..

Nak mengadap komputer...

Membelek-belek tiket secara online..

Pilih yang mana kena dengan tarikh...

Pilih yang mana harga termurah...

Biasanya belon yang di cat Merah Putih...



Harga murah dan tarikh yang berkenan..

Memang susah nak dapat...

Selalunya....

Harga murah... tak sesuai dengan waktunya...



Namun...

Hari raya punya cerita..

Harga mahal ke..

Harga murah ke..

Kena dengan waktu ke..

Tak kena dengan waktu ke..

semuanya menjadi..



Soal bermalam di lapangan terbang..

Soal menunggu sehingga berjam-jam penerbangan seterusnya..

Bukan lagi soalnya..

Yang kita pikirkan..

Dapat balik berhari raya..





Tapi lain pulak ceritanya kalau yang cerdik...

Kalau tak nak pening kepala fikirkan soal tiket belon...

Pakai je tiket percuma yang pemerintah bagi..

Setahun cuma sekali...

MAS lagi..

Cuma perancangan nak kena rapi..

Nak kena turun naik pejabat setiap pagi..

Sehingga tiket dah ada tersimpan rapi..

Kalau terlambat, tiket dah habis pasti gigit jari..





Tahun ini..

Pakcik tak perlu lagi tiket belon...:)



Selamat berpuasa..dan selamat berhari raya...


Thursday, July 14, 2011

LEMAN DAN BAYAN



Jumpa kat mana-mana sudut, dia akan bercerita tentang Bayan. 
Di mana  sahaja kami berjumpa, dia tidak lokek untuk berkongsi pengalamannya yang secebis itu tentang Bayan. Dimana sahaja..

Disurau...
Dikantin...
Di bilik guru...

Itulah Leman....
Kecil orangnya......
Lancar tutur katanya....
Banyak mulutnya...

Sudah sebulan si Leman ni, asyik bercerita tentang Bayan.
Pakcik hanya mengangguk.
Angguk dan berpura-pura tanya serba sedikit tentang Bayan..

Demi menjaga hati si kecil ini, 
Pakcik menerima pelawaannya 
Berkunjung kerumah si Leman...
Untuk melihat Bayan yang selalu diceritakan Leman...



Salah seekor burung bayan peliharaan Leman


Leman bangga dengan binatang peliharaannya....
Satu persatu Bayan peliharaannya di tunjukkan kepada pakcik..
Dari muncung sampai ke ekor Si Leman bercerita..
Sambil tangannya erat menggengam Bayan ...
 
Hari dah hampir maghrib...
Si Leman masih melayan pakcik sebagai tetamunya...
Bukan sebagai cikgunya untuk petang ini...
Mulutnya masih ringan bercerita tentang bayan..
Pakcik cuma senyum dan mengiakan apa sahaja  bicaranya...

Sebelum pulang pakcik berkata...
"Cikgu suka burung ni..." 
"Cikgu nak beli"

Si Leman tersenyum simpul..
Ringkas jawabnya...
"Ok .. Cikgu.."


Leman... oh.. Leman...

LEMAN... dengan seekor Burung Bayan peliharaanya..

Friday, February 19, 2010

JAHANAM...!!!



Jahanam...
Dek kerna nafsu
Tangis mereka kita lupa
Derita mereka disambut ketawa
Binasa mereka dilayan sepi
Mereka tiada suara
Mereka tak punya lidah untuk berbicara
Tak punya tangan untuk melawan

Jahanam..
Kerana wang ringgit
Etika dan undang-undang ditolak ketepi
Kuasa dan pengaruh menjadi pendinding
Tangan rakus kita merobek jantung dan isi perut mereka
Ego yang masih menebal menghalalkan yang haram


Jahanam...
Alam yang indah
Menghidangkan kita santapan sempurna
Mengapa kita sengaja mencipta derita ke atas mereka

Tunggulah saat dan ketika nya..
Pabila mereka mula bangkit dan bersuara
Pabila mereka bangun dan menentang
Pabila mereka sedar dari lenanya
Jangan salahkan mereka
Jika itu pilihan mereka..
Jangan kita mengungkit
Kerana ini yang kita minta..



-anaktumpat-
20 feb 2010
jln jongkong

Friday, February 12, 2010

Selamat bercuti Dan Selamat Tahun Baru Cina



Esok 14 February, Bagi masyarakat Cina di seluruh dunia akan menyambut sambutan Tahun baru.

Tidak terlalu awal, bagi pakcik untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru
kepada semua rakan dan pelajar pakcik yang berbangsa cina.
Sambutan tahun baru cina ni, agak sinonim dengan mercun. Tempat pakcik ni kalau malam sambutan Tahun Baru Cina ni mmg meriah.
Saat 12.00 mlm seluruh kawasan ni macam perang.
Banyak tol duit dorang.

Bising..?

Memang membingitkan teliga. Tapi kita haruslah hormat, faham dan terima bahawa itu adalah cara mereka.

Selagi kita hormati mereka, selagi itulah mereka menghormati kita.

Jangan gaduh-gaduh..
Selamat bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina






Thursday, January 21, 2010

Hidup Lebih Manis Tanpa Gula...



Hidup lebih manis tanpa gula..


Begitulah tajuk khutbah jumaat pada minggu lepas..

Untuk esok belum tahu lagi, apa tajuknya..


Seolah-olah gula menjadi satu persoalan besar bagi masyarakat disini...

Khatib yang membaca khutbah (bukan berkhutbah) memperingatkan jemaah yang hadir

bahawa gula merupakan faktor kepada penyakit kronik seperti kencing manis, dan sebagainya..


khatib juga berulang kali menasihati jemaah agar

kurangkan penggunaan gula dalam kehidupan seharian..

katanya juga dalam khutbah berkenaan..


Gula sudah menjadi racun kepada pengguna sekiranya diambil seara tidak terkawal...katanya..


Persoalan gula disini mulai timbul kerana kekurangan bekalan gula...

walhal di tempat lain boleh diperolehi seperti biasa..


Pakcik sendiri hampir seminggu terputus bekalan gula..

ermmm..... tak tau la..




p/s: tak pula khatib menasihati peniaga, agar jangan sorokkan gula atau menaikkan harga ketika krisis kekurangan gula berlaku..Maklumat yang diperolehi pakcik ialah ada sesetengah kedai yang menjual gula dengan hargaRM2.30 sekilo.. Apa cerita?

Wednesday, January 13, 2010

Rindu kalian.. !!!



Soalan lazim yang pakcik terima dari kawan-kawan dan jiran-jiran kat kampung..

"Tak rindu ke duk jauh ngan bini n famili..."
(dok la jauh mana pun)
Gambar diatas adalah jawabnya..

heheheeh.....


p/s: buke anok ambo tu.. tu anok buah..."

anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics