Thursday, December 31, 2009

Merapu di Awal Muharram 1431.

Secangkir air

Di dapur,

Tunggu siapa

Untuk mengubah rasa,

‘aku nak tea panas’,

‘aku nak kopi tarik’,

‘aku nak neslo’,

Berebut…

Masing-masing

Dengan citarasa sendiri,…

Tak mahu mengalah…

Bertekak anak beranak…

Adik beradik jadi musuh…

Lupa asal usul…

Lupa pegangan…

Lupa semuanya…

Dek kerana air yang secangkir…

Jiran senyum bertepuk tangan.




ihsan dari "emzeck"

u.k

1 Muharram 1431.


Friday, November 13, 2009

Selamat Bercuti Kepada Semua Guru

Assalamalaikum.. kepada yang bergelar guru, cekgu, teacher, ustaz, ustazah, dan yang sewaktu dengannya.. Pakcik mengucapkan selamat bercuti panjang. ....

Hari ni 14 nov 2009.. bermulalah cuti panjang bagi sekolah-sekolah tertentu..awat sekolah-sekolah tertentu? ermmm..gini..sekolah pakcik antara salah sebuah sekolah yang cuti seminggu lebih awal dari tarikh cuti rasmi.. Ape sebab..? ntah la..hehehe..
Mungkin ada juga sahabat saya dari sekolah lain yang cuti seminggu lebih awal.. heheh cuti sakan la kita yob...

Kepada yang masih meneruskan baki persekolahan tidak terlalu awal rasanya pakcik mengucapkan selamat mengajar dan bercuti........

Opppsss lupa nak gtau.. ketika N3 ni di tulis, pakcik sbenarnya dah ada kat KLIA menunggu penerbangan seterusnya menuju KB.. kejap tadi baru tiba dari sibu.. hehehe..

Kepada cekgu yang masih lagi belum cuti tu, gunalah sisa waktu yang ada ni, dengan baik yer? buanglah mana-mana kertas or dokumen2 yang mana x perlu tu. nnt bt semak kat meja jer...hheheh.... dan mana2 rekod pelajar yang masih diperlukan untuk tahun depan silalah simpan elok2..mana lah tahu kot2 di makan anai-anai ker....susah nanti.. heheheheh

last sekali.. sebelum tinggalkan bilik guru, akhir hari persekolahan nanti, tutuplah meja tu dgn surat khabar lama ker, kertas minyak ker..supaya xde nanti bila datang tahun baru 2010 meja kita penuh tahi cicak ko lipas...hehe..


ok lahh....
sampai sini jer dulu sblm pakcik undur diri untuk tahun ni..kat kg nnt xleh lagi nak beblog ..
xde internet ar.....isk..isk...
skg ni pun ehsan dari KLIA-wireless jer.. hehehe

Perut tengah lapar ni... next flight lambat lagi.. ..bini pakcik dah merungut lapar n sejuk..

k lah.. pakcik jalan dulu..nk makan jap..

assalamualaikum.....


Tuesday, October 27, 2009

Apa alamat dan petanda..?

Citer kali ni bukan nak mengarut. Cuma nak berhibur dengan rakan-rakan. Andaikata ada sahabat handai yang tahu akan tadbir mimpi boleh la kita kongsi sama-sama. Sebelum pakcik citer dengan lebih lanjut, terlebih dahulu pakcik ingin tegaskan jangan terlalu mempercayai atau taksub segala pengalaman mimpi yang bakal pakcik katakan ini. Ceritanya benar dan tidak ada tokok tambah. Semalam pakcik bermimpi. Dalam mimpi pakcik tu, pakcik berjumpa dengan seekor burung merpati putih yang sangat besar.. Kalau nak bandingkan lebih besar daripada manusia. Mimpi tu datang kejap jer. Selebihnya pakcik x ingat. hehe.. Orang tua-tua kata kalau lupa apa yang kita mimpikan malam tadi maknanya daya ingatan kita lemah.. betul ke? Mungkin juga.. Ingatan pakcik ni bukan kuat sangat pun.. Pasal tu kalau bab hafal menghafal ni pakcik rasa ada kekurangan sikit.. sambung cerita tadi.. Rasanya pakcik mimpi jumpa merpati putih yag besar ni tika dah nak hampir subuh. Lepas jer mimpi tu pakcik terjaga dari tidur.. Bila dah terjaga dari tidur n pakcik tegok jam dah memang waktu subuh.. Lantas pakcik terus ke bilik air untuk mandi. Untuk makluman bilik air umah pakcik ni kat luar, bukan dalam bilik. Tengah syok mandi, bersabun n bersyampoo pakcik dengar satu bunyi... bedebab...!! Ada sesuatu yang melanggar pintu bilik air pakcik.. Ahh.. time tu pakcik buat tak tahu jer.. bila dah siap mandi pakcik kuar. Buka jer pintu bilik air tu, pakcik nampak seekor burung merpati betul-betul depan bilik air. Jelas kelihatan di kepalanya terdapat sedikit kecederaan. Sangkaan pakcik Merpati tu sakit n dah x mampu terbang. Pakcik tunduk sedikit dan menyentuh sayap merpati tu. Bila disentuh sayapnya, burung tu terbang lari ke tempat pakcik jemur kain. Pakcik cuba kejar. Nak tangkap n bela la kononnya. Tapi bila pakcik dekat ngan burung tu , burung tu terbang lari.. Melepas.. xpelah.. pakcik hanya mampu senyum n tengok burung tu terbang bebas dlam kedinginan pagi.. itu lah citer kali ni.. Apa yang menariknya, sebelum tu pakcik mimpi terjumpa burung merpati, alih-alih pagi tadi memang betul-betul seekor merpati ada depan mata. Apa alamat eh..? hahh.. kalau ada yang sudi kongsi blh le gtau pakcik.. saje jer nak seronok-seronok.. bukan leh caya pun mimpi ni.. Orang tua-tua cakap mimpi ni mainan tidur. Lain la kalau mimpi para rasul dan wali-wali.. Pakcik ni sape. Insan kemacar jer. hahah..

Video kat bawah ni pun berkait ngan mimpi jugak.. mimpi apa pakcik pun x tau.. kelentong habis mamat ni..hahah..kita layan video nih...




Monday, October 26, 2009

Oh God... Forgive me when i whine..

Adusss... dah lama rasanya x update blog ni.. dah berabuk dah pun.. bukan malas nk update tapi masa tu x mengizinkan.. cbuk ckit ngan keje.. kali ni xde apa yang menarik yang nak dikongsi ngan semua. cuma nak bubuh benda ni ajer. Nape pakcik beria sangat postkan lagu ni? hahah.. xde apa jgk sebenarnya.. ataupun mybe pakcik tertarik ngan lirik lagu ni.. haha.. lagu ni nampak bersahaja tapi dapat memukau jiwa pakcik.. kepada sesiapa yang dah lama layan lagu nasheed ni. kita layan lagi sekali ek.. ok lah.. kita layannn....... Zaaassssss.................. OH...GOD.....!!!!!






Forgive Me English Nasheed
Lyrics:
Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair.
And wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, she smiled.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two legs the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it `d do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind.
You see," he said, "I `m blind"
Oh God, forgive me when I whine.
I have two eyes the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine.


I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew. He couldn't hear.
Oh God, forgive me when I whine.
I have two ears the world is mine.

With feet to take me where I `d go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Oh God, forgive me when I whine.
I have blessed indeed, the world is mine

Thursday, October 8, 2009

Syukurlah Kita Begini Dan Di sini...

Kalau sebut pasal guru.. terbayang akan kita, bermacam andaian. Ada yang akan cakap, guru ni satu kerjaya yang mudah. Apa tidaknya, tugas guru ni masuk kerja pukul 7.30, habis pukul 1.30. Yang sedap didengar, ada juga yang kata, guru sesuai untuk golongan perempuan jer.. Tak kurang dari itu pernah pakcik dengar dari mulut kawan pakcik sendiri, profesyen guru ni tidak mencabar sangat sepertimana profesyen lain.. Kenyataan-kenyataan sedemikian, mungkin keluar dari mulut orang-orang yang tidak berada dalam profesyen sebagai guru. Alah..kalau nak cakap pasal ni, bermacam lagi cakap-cakap yang kita blh dengar tentang guru.. Itu belum lagi kalau terdapat sedikit kesilapan yang dilakukan guru seperti merotan, denda, yang mengakibatkan kecederaan kepada pelajar. Saat itu, kita blh lihat pelbagai cemuhan dan makian yang dilemparkan oleh golongan tertentu kepada guru. Disebalik ini semua pernahkah kita mengenang jasa seorang guru yang banyak menabur jasa kepada anak bangsa.? Pernahkah kita menyelami hakikat sebenar kepayahan guru dalam menempuh cabaran semata-mata ingin berbakti? Kali ini pakcik ingin berkongsi dengan semua pembaca cabaran seorang guru di pedalaman. Video di bawah ni adalah satu rakaman yang dibuat oleh seorang sahabat pakcik yang ditugaskan untuk mengajar di salah sebuah sekolah di pedalaman sarawak. Mengikut beliau kerumitan yang ditempuhinya sudah menjadi asam garam dalam kehidupan bagi guru yang berada disana. Bayangkan kita (guru-guru) yang berada ataupun yang sedang mengajar di zon selesa (bukan pedalaman) berada di tempat sahabat kita ini.. mampukah kita mengharungi cabaran seperti ini.. Ikhlas pakcik katakan.. Bagi pakcik sendiri pun rasanya tak sanggup untuk berdepan dengan situasi seperti ini.. Tapi kalau dah ditempatkan ditempat seperti ni nak buat macam mana kan? terima ajerla.. Disini, Pakcik ingin mengingatkan diri pakcik dan semua guru-guru agar bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang.. Walaupun sesukar mana cabaran yang kita tempuhi dalam kehidupan, ramai lagi yang mengalami kepayahan.



Video Ini Ehsan dari kawan pakcik, iaitu saudara Zaim yang bertugas di SK Nanga Ju..


Syukurlah Pakcik di sini...!!!

Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA...

Assalamualaikum kepada semua.. kalau dihitung hari, tidak sampai seminggu lagi kita dah hampir menjelang 1 syawal. Bermakna ramadhan dah hampir meninggalkan kita. Alhamdulillah, kerana kita masih diberikan nikmat dan kesempatan untuk mengecapi kemanisan bulan ramadhan tahun ini. Disamping itu, berdoalah kepada Allah agar kita di panjangkan usia agar dapat ketemu lagi Ramadhan tahun hadapan. 1 syawal, adalah satu detik yang ditunggu-tunggu oleh kita semua. Walaupun terdapat sesetengah insan yang mengalirkan air mata tatkala ramadhan sudah berlalu. Bagi pakcik ni, 1 syawal tahun ini amat bermakna. Sudah 2 tahun pakcik tidak pulang ke kampung untuk beraya bersama keluarga. Perasaan tidak balik keraya di kampung usah dicerita. Bermacam-macam perasaan yang timbul. Tapi kerinduan balik raya tu dapat diubati kerana pakcik beraya bersama-sama keluarga kakak dan abang yang berada di Kuching. Sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan kampung. Tahun ini, pakcik rasa tak nak lagi lah beraya di perantauan. Esok 16 hb sept.09 pakcik dah bertolak balik.. Terpaksa memohon cuti rehat untuk balik.. hahah.. Aaaarrrgghhhh... dah x sabar rasanya.. bahang raya dah terasa.. time ni semua terbayang,...ketupat, rendang, lemang, kuih raya, aaahhhh semua lah.. Duit raya macam mana plak...? pokai pakcik.. rakyat jelata ramai sioottt....:)

Kepada yang balik beraya tahun ini, ingat-ingatlah sahabat kita yang tak dapat balik beraya, atas sebab tugas dan lain-lain. Video kat bawah ni, ditujukan khas kepada semua sahabat yang tak balik kampung tahun ni.. Sesungguhnya anda tidak keseorangan beraya di perantauan...:)






Lagu ini Juga ditujukan kepada semua..


P/s:
SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN..
Kepada semua sahabat, jangan lupa singgah umah pakcik raya nanti.
Satu lagi pesanan dari pakcik. Jangan lupa tutup semua pintu dan segala suis elektrik, sebelum meninggalkan rumah tuk balik kampung yek? Ok lah.. pakcik chow dulu.. nak kemas barang.. sok dah blah... Assalamualaikum......
:)


Wednesday, September 9, 2009

Aku Dan Stunt kite..


Dah lama rasanya dah xde posting terbaru dalam blog pakcik ni. fuhhhhh.... dah berabuk dah pun. bukan xde mende yang nak di tulis tapi xde kesempatan nk update.. nak kata cbuk tu tak la jugak tapi terasa berat tangan nak menulis.. malam ni ntah macam mana terasa ringan plak tangan nk nulis kat sini.. sebelum tu pakcik nk mintak maaf kpd yang baca entry ni..coz kalau musim-musim gini ramai blogger membincangkan pasal puasa n raya.. tapi kali ni pakcik lari channel ckit.:) nak cakap pasal wau lagi..hahaha.. jangan marah ye.. dah minat. nk bt cam ne kan? pic kat bawah tu adalah pic yang dirakam ketika pakcik, isteri, abang2 dan adik pakcik ke pantai geting utk main wau..minat punya pasal, bulan puasa pun kitorang belasah jer. nasib baik la hobi pakcik ni dapat dikongsi dengan adik beradik yang lain dan isteri pakcik. hahaha.. apa yang menggelikan hati ialah isteri pakcik sanggup siapkan juadah berbuka awal2 lagi coz nak ikut pakcik main wau. :) ala bukan ape pun yang disediakan oleh isteri pakcik, just makanan yang ala-ala jer. selebihnya beli kat pasar ramadhan. lagi pun pakcik ni x makan banyak sangat bila berbuka. lebih2 lagi rumah mertua pakcik tu hanya kami berempat saja yang berbuka, termasuk seorang adik ipar n mak mertua je.
berbalik kepada wau. Perhatikan wau yang colour belang-belang kat bawah tu. tu adalah wau yang pakcik beli kat tapak festival wau antarabangsa kat pantai geting. kalau x silap harganya lebih kurang RM35. kalau x silap pakcik jgk wau ni pakcik beli pertengahan tahun 2008. sepanjang wau ni di beli hanya 2 kali pakcik cuba main dan dinaikkan. tapi sekali pun x pernah terbang ngan baik...asyik menyembah bumi aje. last pakcik gulung n baling bawah katil umah pakcik. sangkaan pakcik, wau ni mmg x mampu nk terbang coz terlalu berat memandangkan kainnya diperbuat dari fabrik yang kurang bermutu dan frame nyer dibuat dari fibre yang agak berat. berbanding wau yang warna merah tu. fabrik nyer agak bermutu dan frame nyer dari carbon. Tapi cuti bulan lepas, pakcik cuba naikkan lagi sekali wau yang belang tu. ternyata penangan wau ni x kurang hebatnyer. wau ni pun mampu beraksi seperti mana wau merah tu. tergamam pakcik bila tengok Adik pakcik main wau tu.. dapat pusing-pusing macam wau merah.. time tu pakcik menarik nafas tanda puas melihat wau yang dah lama pakcik "buang" beraksi ganas. itulah pengajaran yang pakcik dapat..lain kali pakcik x nk lagi pandang sebelah mata sesuatu yang kita anggap x berguna kpd kita...
Setahun Wau Belang ni DiJeruk...



Ni lah adik lelaki bongsu pakcik yang suka sangat ngajak pakcik main Wau.. tapi dia x berani nak main coz wau ni susah nak kawal.. sekadar tengok n tolong angkat wau yang jatuh jer la..




Seronok jugak rasanya sekali sekala dapat balik kampung n berkumpul dengan semua adik beradik kat pantai main wau.. atleast dapat mengeratkan hubungan adik beradik kan? tambah ceria pabila hobi pakcik dapat dikongsi dengan sema keluarga..





Wau belang yang dah setahun dijeruk bawah katil, akhirnya dapat terbang bebas di ruang udara pantai geting..:)



Wednesday, September 2, 2009

Tak Payah Beramal Di bulan Ramadhan




tak payah nak beramal ibadat di bulan ramadhan
tak payah puasa di bulan ini
tak payah niat puasa
tak payah bersahur
tak payah berbuka
tak payah nak ke surau sembahyang terawih
tak payah nak bayar zakat fitrah
tak payah nak membaca sepotong ayat Al-Quran mengisi masa terluang
tak payah nak ringankan tangan menghulurkan sedekah
tak payah nak baik hati hantar juadah berbuka kepada jiran sebelah
tak payah nak jaga mulut dari mengumpat
tak payah nak jaga mata dari melihat sesuatu yang tak baik
semuanya tak payah.
kerana ianya cukup mudah untuk kita laksanakannya..

-selimut puith-
2 sept.09
15.12pm

p/s:
Kiranya masih belum terlambat bagi AnakTumpat untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan blogger dan sahabat yang lain. Lipat gandakan amal ibadah kita dibulan yang penuh berkat ini.


Thursday, August 20, 2009

Masa ( aku merapu lagi)...Katanya..

Petang ini, jam 3.55 petang, pulang dari kelas tambahan pakcik rebahkan badan melepaskan lenguh-lenguh. Sambil baring atas katil, tangan pakcik ni ringan memetik butang menghidupkan komputer peribadi. Pakcik buka lagu. Lagu "superman" yang pakcik dengar. Ala lagu bebudak dari indon tu la.. kalau x salah dari kumpulan Lucky laki.. belum sampai separuh lagu tu dimainkan, pakcik menerima satu e-mail.. bila dibukak mail tu, rupanya dari seorang sahabat pakcik yang dah beberapa hari, mungkin minggu.. tidak bertanya khabar. Mungkin sahabat pakcik ni sibuk dengan tugasan kot. isi mail dari sahabat pakcik ni ialah sebuah puisi. pakcik mengandaikan puisi yang dihantar oleh sahabat pakcik ni adalah sebuah cenderamata dari sahabat pakcik kpd pakcik.. tima kasih banyak-banyak. Untuk pengetahuan, pakcik sebenarnya tertarik dengan semua hasil nukilan sahabat pakcik ni. semua puisi dari beliau yang pakcik "cetak rompak" telah dimuatkan dalam Blog ini.. hahaha..nape pakcik berminat dengan hasil coretannya.? Sebabnya dlm puisi beliau banyak atau sarat dengan nasihat. bukan merapu x tentu hala. bahasanya pun bersahaja. itu yang bagus. kat sini pakcik paparkan hasil nukilan sahabat yang bernama POKJEN. Juga dikenali sebagau EMZECK...:)


MASA...

Sedarkah kita,
Untuk kita di dunia ini,
Hanya tiga masa,
Semalam,
Hari ini,
Dan esok.
Semalam,
Telah jadi sejarah untuk kita,
Hari ini,
Adalah peluang yang ada,
Esok,
Pastikah lagi milik kita?
Alangkah untungnya kita,
Kalau semalam,
Kita tadbirkan sejarah jadi teladan,
Atau sempadan.
Alangkah untungnya kita,
Kalau hari ini,
Peluang yang ada tidak disiakan,
Berjuang untuk kebaikan
Alangkah untungnya kita,
Kalau hari esok,
Kita masih di sini,
Diberi kesempatan
Untuk membongkar rahsia hari semalam,
Mencari petunjuk
Agar tidak sesat di perjalanan.


p/s : anaktumpat berkata:

Berusahalah untuk jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Dan berikhtiarlah agar esok, hari yang bakal kita tempuhi, akan lebih berseri daripada hari ini..


anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics