Saturday, February 28, 2009

Hip..Hip..Horeyyy......!!!!!!...Sukan Dah Habis.....



( lintas hormat dari pasukan kadet polis sekolah )




( lintas hormat dari pasukan pancaragam sekolah)



ini plak dari PBSM....

(klik pada gambar untuk imej lebih jelas)

Para atlet bersama penolong ketua rumah biru (Cik Norhadyah) sebelum diumumkan sebagai juara keseluruhan untuk tahun 2009

(klik pada gambar untuk imej lebih jelas)

Wajah-wajah ceria pasukan juara...hip...hip...horeyyy....!!!!!





Sunday, February 22, 2009

AKU MERAPU LAGI

Bongsai…
Nama seindah jelitawan…
Menjadi igauan bagi kebanyakan…
Memang buruan dari dulu…
Hingga sekarang…
Kadang keranamu manusia berperang…
Keranamu manusia bertikam-tikaman…
Sesungguhnya engkaulah Bongsai.

Bongsai…
Rimbunlah daunmu seindah namamu…
Atau…
Ikutlah rentak penggubahmu…
Dengan apa caranya…
Biar parasmu sedap dipandang mata…
Selagi tidak menyalahi hukumNya.

Bongsai…
Bukan senang mahu menggubahmu…
Paut perlahan …
Tak menjadi…
Paut berlebihan…
Memusnahkan…
Bukang senang…

Aku dan juga teman!
Sabar , tenang dan tawakkal…
Insya-Allah…
Bongsai berdahan merinbun…
Mengikut fitrah yang suci.



emzeck
united kingdom
January 9th, 2009

Sesekali Bila Merapu.

sedar…

mentari segalah melangit…

bergegas menacri tujuan…

ke gunung sekadar akar rotan…

niat asal madu tualang…

ke laut sekadar anak seluang…

di hati memang pari lang…

Jangan disalahkan kompas…

sehingga sesat jalan…

jangan di hina jaring…

bila carek dirempuh…

sedarlah…

dimana silap melangkah…

waktu dilorong kehidupan…

Atukku bersyair mahu berpesan…

bila tinggi di langit…

rumput di tanah di lupa jangan…

nenekku turut berdendang…

bernyanyi nyanyi lagu teladan…

mati semut kerana gula…

mati manusia kerana harta…

sebab pulut santan binasa…

sebab mulut badan sengsara.


emzeck
united kingdom
September 22nd, 2008

Tuesday, February 17, 2009

RATAPAN ANAK-ANAK PALESTIN......





Ayah…!!!
Kata mereka kau penjahat
Padahal sebenarnya engkau bukan penjahat

Ayah…!!!
Mengapa mereka jauhkan aku darimu
Mereka menangkapmu tanpa memberi kesempatan
Untuk menciumku meskipun hanya sekali
Atau mengusap air mata ibu

Ibu..!!!
Aku melihat air mata di kelopakmu setiap pagi
Apakah palestin tidak berhak diberi pengorbanan..?
Setiap hari aku bertanya kepada matahari
Ibu..!!!
Apakah ayah akan kembali suatu hari nanti?
Ataukah dia akan pergi selamanya sampai hari kiamat?
Atau dia akan mengusap air mata ibu
yang terus menitis setiap hari?
Wahai ayah..!!!
Dimanakah engkau…?

Oh..bayi yang dijajah
Kini telah datang hari raya baru
Setelah hari raya tahun lalu
Dan bayi yang baru pun terlahir
Sesudah bayi yang itu
Dan para syuhada berguguran
Setelah gugurnya syahid yang lalu
Sedang ayah masih disembunyikan
Disebalik jeriji besi
Dalam sel mengerikan
yang tidak layak dihuni manusia

Mana hari kemenangan
Dan kehancuran penjara-penjara besi itu..?

Malulah kalian…..!!!!!!!
Malulah kalian…..!!!!!!!
Malulah kalian…..!!!!!!!

Aku ingin ayah pulang……..



BUKANKAH MEREKA ITU SAUDARA KITA..??

BAIKLAH...

PEJAMKAN MATA BUAT SEKETIKA...

ANDAIKAN KANAK-KANAK YANG MELOLONG SAMPAI KELUAR ANAK TEKAK ITU ADALAH ADIK BONGSU KITA...

APA YANG KITA RASA...?

FIKIR-FIKIRKANLAH........




INI PULA KATA RAIHAN.....

Berzikirlah dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubat padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita dimakbulkan

Agar Palestin kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air
Kebenaran Al-Quran dan Sunnah

Palestin kan dimiliki lagi
Ingatkan Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan amalan soleh

Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan nama dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang

Pembelaan Allah akan datang

Palestin...

Palestin...

Palestin...

Palestin...

Palestin...

Palestin............

LA ILA HA ILLALLAH

Friday, February 13, 2009

Api.....!!!!


Satu malam…..
Nabi mengibaratkan dirinya seperti seorang tua
Ditengah malam yang gelap gelita
Turun dari rumah
Dikelilingi semak samun di pinggiran
Lalu menghidupkan sebuah unggun api

Malam masih pekat menghitam
Unggun api marak menyala
Kelihatan api yang menerangi kegelapan alam

Dengan lenggokan api
Dengan benderangnya cahaya
Percikan bebunganya
Memukau pandangan
Sesiapa jua

Dek kerna kemilauan cahaya itu
Dek kerna terhibur melihat api yang rancak menari
Segala unggas yang menghuni semak lalang seperti
Tikus, lipas, mengkarung,
Kupu-kupu, biawak, katak,
Dan berbagai BINATANG
Berlarian, berterbangan
Menuju api yang panas membara

Tujuannya satu
Semuanya berkejaran masuk ke dalam api
Sudah dasar BINATANG tidak tahu beza baik dan buruk
Tidak mengerti yang mana binasa dan yang mana mulia

Nabi masih termenung menghadap unggun api
Melihat telatah BINATANG yang bermacam karenah
Yang tak berkesudahan berebut-rebut masuk kedalam api
Lalu dicapainya sebatang kayu
Di kuis-kuisnya segala BINATANG itu
Supaya semuanya tidak terjerumus ke lembah kebinasaan

Tapi apakan daya
Ada diantara BINATANG-BINATANG itu binasa dimamah api
Begitu lah kisah mereka

Api zahirnya nampak cantik
Malah sungguh mempesonakan
Batinnya mampu membinasakan sesiapa jua
Padan-padanlah bagi BINATANG
Harap kita semua bukan BINATANG…..
Fikir-fikirkanlah…….

API = Segala bentuk maksiat
BINATANG = Manusia yang tidak menggunakan akal fikiran untuk tujuan kebaikan

Selimut putih
Jln jongkong sarikei
13.2.09
11.43pm

Tuesday, February 10, 2009

Cina Sarawak makan Budu..?



Bagi aku budu tak perlu diperkenalkan lagi. Sebut sahaja budu pasti ada yang tersenyum sinis.. tapi ada juga yang telan air liur mengenangkan keenakannya.. Penangan budu ni bukan kepalang. Kekadang aku sendiri tak selera untuk makan gara2 terputus bekalan budu bila berada di perantauan. Pernah aku dengar member aku cakap.. "biar putus Cinta Jangan putus budu.. Walaupun itu kata seloroh tapi nak menggambarkan bahawa budu x dapat dipisahkan bagi anak kelantan.. bagi aku mana-mana anak kelantan yang tak makan budu tu tak tau la nak cakap apa.. cuma sepanjang aku hidup ni cuma sorang saja anak kelantan yang tak makan budu.. nak tau sape? Misha Omar.. heheheh... jangan marah pakcik Gurau ajer...
video diatas tu aku rakam pertengahan tahun 2008 di sarikei. anak murid aku dicabar untuk merasakan penangan nikmatnya budu.. ini betul2 kejadian bukan cobaannnn....Peace:)Justify Full

Saturday, February 7, 2009

Kejohanan Sukan STS 2009 Kembali Lagi..!!!

Pabila raptai dah mula,

Pabila Cikgu-Cikgu pulang rumah tak tentu masa,

Pabila segala buku-buku lupa letak kat mana,

Pabila makan apa saja yang ada,

Itulah maknanya sukan tahunan dah nak mula...

Kejohanan olahraga Sekolah Menengah Tinggi Sarikei 2009 akan bermula tidak lama lagi. Segala persiapan terakhir berjalan dengan baik. Tahun ni aku diberi tanggungjawab untuk mengepalai rumah sukan. Walaupun penatnya tak terkata, tapi seronok tu x leh nak citer.. Apa pun

Go STS Go.....!!!!!

HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG




Aku berlatar belakangkan sebuah masjid Cina di Bumi Kelantan (Rantau Panjang) yang masih dalam pembinaan.
Kalau sesetengah orang mungkin berbangga dengan foto-foto yang di ambil di luar negara.. tapi aku langsung tidak merasakan diriku kerdil malah berbangga bergambar di tempat sendiri.. hehehe
Masjid Cina ni di ilhamkan Oleh menteri besar kelantan. apa yang perlu diberi perhatian ialah ISLAM UNTUK SEMUA.





Teman-TemanKu Dan Raja Sehari

( Gambar 1) Tuan Bujal n Syikin..konsep kuning.. almaklumlah kerabat Raja Jembal..heheh
(Gambar 2) Yanti yang kiut muit dan cik abangnya.. perkahwinannya yang berlangsung pada 22 Ogos 2008.. tahniah...!!!




(Gambar 3) siti rafeah dan hamzah di hari persandingan di rumah pengantin perempuan (tumpat)


(Gambar 4) Matju n Vila ketika (make ngadap -kato ore kelate ) di hari persandingan mereka di Pak kerau pada 11.12.2008






(Gambar 5)sahabatku Zulkifli di hari menyambut menantunya di wakaf bharu..




KEPADA SEMUA SAHABATKU...SEMOGA KALIAN MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH S.W.T. DAN DIKURNIAKAN ANAK YANG SOLEH MOLEH.. TAK LUPA JUGA BABY YANG KIUT MIUT...


AMIN



Aku Anak Kampung (Anak Nelayan)





(Aksi ngeri memakan tiram mentah.. hahaha tade la ngeri sangat kan...kan...kan...?)


Beginilah kehidupan aku sebagai anak nelayan. Aktiviti sebegini aku lakukan pabila sesekali berkesempatan pulang ke kampung. Bersama teman2 menghabiskan masa lapang dengan kegiatan yang memberi faedah. (amboi ayat karangan tu....!!!!)
Natang ni kalau ikutkan orang kampung aku, dipanggil TIRAM. Tempat lain x tau la apa yang di beri nama. yang pasti natang ni mmg enak dimakan begitu saja...



anaktumpat mengucapkan

Glitter Text
Make your own Glitter Graphics